SIBU: Kerajaan Negeri Sarawak mahu pengamal media dan golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menjadi ejen tidak rasmi dalam menyampaikan maklumat serta sentimen rakyat terhadap polisi yang dilaksanakan di Bumi Kenyalang.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Hal Ehwal Korporat, Penerangan & Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
"Adakah mereka faham mengapa kita bercakap mengenai hidrogen, mengapa kita mahu mengambil alih bank ataupun syarikat penerbangan sedangkan masih banyak jalan serta jambatan belum dibina?
"Kerajaan mahu tahu persepsi rakyat yang tidak semestinya positif dan akan cuba menerangkan mengapa polisi tersebut dilaksanakan," katanya pada Majlis Sungkei Bersama UKAS di sini pada Rabu.
Beliau berkata maklum balas itu penting supaya polisi pembangunan infrastuktur dan ekonomi menepati apa yang benar-benar dikehendaki oleh rakyat Sarawak.
Abdullah turut mempelawa pelajar IPT di Sarawak untuk memohon latihan praktikal di jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Beliau berkata dengan menjalani latihan itu, mereka akan dapat mengetahui fungsi jabatan dan agensi terbabit.
"Sekiranya berkaitan dengan media, anda boleh menghantar permohonan kepada UKAS. Sekiranya berkaitan bidang kejuruteraan, boleh memohon kepada Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.
"Kita boleh juga membantu sekiranya anda mahu menjalani latihan di jabatan dan agensi lain," katanya sambil menambah pelawaan itu datang daripada Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri.
Selain pengamal media, majlis itu dihadiri pelajar Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kolej Laila Taib, Maritim Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Vokasional Sibu, Kolej Komuniti Sarikei, pelajar Tahfiz Darul Ullum dan Tahfiz Hidayatul Quran An-Nur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
![Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712154755_AbdullahSaidol.jpg)
Abdullah berkata kerajaan mahu tahu persepsi rakyat yang tidak semestinya positif dan akan cuba menerangkan mengapa polisi tersebut dilaksanakan. - Foto BERNAMA
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
Lepaskan lapan das tembakan, polis sedang jejak saspek warga tempatan
Seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
![Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712831684_jakim.jpg)
Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.
![Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737437218_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736598451_Bolingmedia.jpg)
Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
![PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734817984_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
![Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733012115_Nambikkaimedia.jpg)
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
![Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732007176_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
![Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730203707_FadillahYusof.jpg)
Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
![MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730127968_YongSooHeong.jpg)
MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden
MPI. menganjurkan pelbagai program bagi memperkasakan pengetahuan pengamal media tempatan termasuk penggunaan teknologi AI.
![Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730066068_GobindSinghDeoMe.jpg)
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.