KUCHING: Sarawak berharap untuk mendapatkan kepakaran Korea Selatan bagi membangunkan industri hijau di negeri ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, negeri itu dan republik tersebut boleh meneroka bersama potensi Sarawak sebagai wilayah bagi Perolehan, Penggunaan dan Simpanan Karbon (CCUS) serta dalam pengeluaran bahan api penerbangan alternatif seperti Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).
"Walaupun Sarawak adalah negeri di sebuah negara yang kecil, kami memiliki sumber semula jadi. Kami perlukan teknologi dan kepakaran untuk menambah nilai sumber kami dan menyumbang kepada keperluan dunia bagi alam sekitar yang hijau," katanya semasa berucap pada Forum Perniagaan Tenaga Sarawak-Korea, di sini.
Pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh duta Korea Selatan ke Malaysia, Lee Chi Beom, Abang Johari berkata CCUS boleh mempercepat pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar-bersih.
"Di Sarawak, kami baru-baru ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang memberikan kami kedudukan lebih baik untuk membangunkan CCUS sebagai teknologi mitigasi yang berkuasa bagi mencapai ekonomi rendah karbon," katanya.
Abang Johari berkata Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) juga bekerjasama dengan Airbus dan Rolls Royce menerusi Pusat Inovasi Aerospace Malaysia (AMIC) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan hidrogen hijau dan sel bahan api sebagai bahan api penerbangan pada masa depan.
Beliau berkata projek perintis ini merupakan satu langkah kehadapan bagi Sarawak untuk menghasilkan bahan api penerbangan alternatif seperti SAF, yang boleh menjadi kunci kepada perjalanan udara yang mampan dalam peralihan kepada bahan api karbon rendah dan pengurangan karbon industri penerbangan.
"Saya percaya ada peluang besar bagi Sarawak dan Korea Selatan ke arah penggunaan SAF pada masa depan yang boleh memberi manfaat tambahan kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial," katanya.
Premier Sarawak itu berkata negeri tersebut dan Korea Selatan menjalin hubungan yang baik sejak 1970-an dan negara tersebut menjadi pengimport ketiga terbesar gas asli cecair Sarawak selepas Jepun dan China, melibatkan 4.9 juta tan metrik pada 2020 dengan nilai RM5.9 bilion.
Perniagaan ini juga menyaksikan Sarawak memberikan kontrak bernilai US$1.07 bilion kepada Samsung Engineering Co Ltd dari Korea Selatan untuk menyediakan khidmat pelesenan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian projek methanol Sarawak di Tanjung Kidurong di Bintulu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
![Sarawak mahu dapatkan kepakaran Korea Selatan bangun industri hijau Sarawak mahu dapatkan kepakaran Korea Selatan bangun industri hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651393340_AbangJohari.jpg)
Abang Johari (gambar) memberitahu, Sarawak berharap mendapat kepakaran Korea Selatan berkaitan industri hijau. - Foto Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![UEM Group melalui Cenergi tumpu usaha perkasa jurutera muda mahir UEM Group melalui Cenergi tumpu usaha perkasa jurutera muda mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706520515_TBUEMGroupjpg.jpg)
UEM Group melalui Cenergi tumpu usaha perkasa jurutera muda mahir
UEM Group dan anak syarikatnya Cenergi komited untuk memperkasakan jurutera muda mahir industri hijau demi ke arah negara neutral karbon menjelang 2050.
![Sarawak mahu dapatkan kepakaran Korea Selatan bangun industri hijau Sarawak mahu dapatkan kepakaran Korea Selatan bangun industri hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651393340_AbangJohari.jpg)
Sarawak mahu dapatkan kepakaran Korea Selatan bangun industri hijau
Sarawak berharap untuk mendapatkan kepakaran Korea Selatan bagi membangunkan industri hijau di negeri ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.