KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan negeri itu sebagai kuasa baharu dalam arena tenaga boleh diperbaharui dan kini membuka sempadannya untuk membantu industri tradisional menjadi lebih mampan.
Memandangkan hidrogen adalah antara sektor yang akan dibangunkan, beliau berkata kerajaan negeri secara khusus telah mengetengahkan tenaga boleh diperbaharui sebagai asas kepada pelan pembangunan 10 tahunnya iaitu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
"PCDS 2030 adalah lebih daripada sekadar pelan tindakan dalaman kami untuk membentuk ekonomi kami. Ia adalah pendekatan pelbagai aspek ke arah kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam jangka panjang, yang dibina berdasarkan aspirasi kami untuk bekerjasama dengan penggubal dasar dan sektor swasta di dalam mahupun di luar pulau kecil kami," katanya.
Dalam ucaptama di Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda pada Isnin, beliau berkata Sarawak bersedia meneroka dengan lebih lanjut ekonomi hidrogen kerana ia memiliki sumber yang banyak, infrastruktur dan kepakaran yang mencukupi serta rantaian bekalan dan nilai.
"Dengan usaha bersepadu dan inisiatif sebenar, Sarawak menghantar mesej jelas ke seluruh dunia (bahawa) kami ingin Sarawak menjadi wilayah untuk pelaburan bersih dan hijau. Kami mahu industri rendah karbon global yang diservis oleh rantaian bekalan Sarawak," katanya.
Abang Johari berkata Sarawak pada masa ini merupakan penyedia terbesar tenaga boleh diperbaharui Malaysia untuk hampir tiga juta penduduk di negeri itu dan sebahagian Indonesia di mana 70 peratus daripada jumlah campuran penjanaan adalah daripada sumber kuasa hidro, yang boleh digunakan bagi menghasilkan hidrogen rendah karbon.
"Ini menyediakan persekitaran yang ideal bagi membolehkan ekonomi hidrogen di Sarawak dan kajian dimulakan sebagai langkah perintis bagi meneroka, berinovasi dan menghasilkan hidrogen hijau sebagai penyelesaian untuk aplikasi komersial serta awam," katanya.
Beliau berkata pada 2018, syarikat utiliti Sarawak Energy Berhad telah berjaya membina loji pengeluaran hidrogen bersepadu pertama di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran 130 kilogram sehari dan stesen pengisian semula bagi menampung sehingga lima bas dan 10 kereta sehari.
"Berbekalkan kemudahan hidrogen perintis ini, Sarawak mula bergerak ke arah pembangunan tenaga hijau pada masa akan datang bagi sektor penghantaran bagi Sarawak dan rantau Asia Pasifik. Ia kini berfungsi sebagai stesen pengisian semula minyak untuk bas elektrik sel bahan api hidrogen pertama Sarawak.
Agensi pembangunan dan pelaburan kerajaan negeri SEDC Sarawak turut berkolaborasi dengan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) untuk membangunkan biofuel, hidrogen hijau dan sel bahan api bagi penerbangan atau Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).
Abang Johari berkata bahan api penerbangan alternatif seperti SAF boleh menjadi kunci kepada perjalanan udara yang mampan, menyumbang kepada strategi pengurangan pelepasan industri dan matlamat pelepasan sifar bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan negeri itu sebagai kuasa baharu dalam arena tenaga boleh diperbaharui dan kini membuka sempadannya untuk membantu industri tradisional menjadi lebih mampan. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.
Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari
Segala usaha yang dilaksanakan Sarawak dalam industri O&G terutama menerusi PETROS adalah berlandaskan hak dan undang-undang sedia ada.
Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah
Empat negeri didapati mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi daripada nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.
RWMF 2024: Zainal Abidin tunggu 20 tahun untuk kemunculan sulung
Zainal memilih waktu sesuai untuk beraksi di RWMF selepas menyaksikan sendiri keseriusan penganjur dan pengunjung menjaga alam sekitar di Kampung Budaya Sarawak, lokasi festival itu berlangsung.
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM
Kestabilan politik dan dasar jelas yang dipegang oleh kepimpinan Sarawak telah membolehkan negeri itu bangkit sebagai gergasi ekonomi baharu di Malaysia.
Sarawak akan perkenal mekanisme kawal harga ternakan - Abang Johari
Sarawak akan memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga jualan beberapa haiwan ternakan tahun depan.
KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak
Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata dasar yang diambil Sarawak sekarang turut membolehkannya mengekalkan kira-kira 62 peratus kawasan hutan di negeri ini.