KUCHING: Sarawak berhasrat mengkomersialkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) berdasarkan alga atau lumut keluarannya selepas tempoh percubaan.
Hasrat itu dinyatakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdasarkan kemajuan ketara yang dicapai negeri itu dalam pembangunan bahan api untuk industri penerbangan itu.
Jelas Abang Johari Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dari segi pengeluaran SAF kerana mempunyai syarat yang sesuai untuk mengeluarkan minyak mentah.
“Terdapat prasyarat yang diperlukan dalam pengeluaran minyak mentah alga dan iaitu cahaya matahari mestilah mencukupi dan kedua, karbon dioksida, dan terakhir, keadaan cuaca iklim.
“Selain itu, kita mempunyai garis pantai yang agak panjang kerana teknologi ini menggunakan air laut yang bermakna kita mampu menghasilkan minyak alga,” katanya ketika menghadiri pameran penggunaan Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) Sarawak dalam pesawat Airbus A220-300 yang terbang dari Kuching ke Lima 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.
Tambah Abang Johari, Sarawak kini boleh menghasilkan lebih kurang 10,000 tong minyak alga mentah sehari berdasarkan setiap 1,000 ekar kawasan tanaman alga.
Mengenai perkara yang berkaitan dengan harga, Abang Johari mendedahkan bahawa ia bernilai sekitar AS$50 hingga AS$100 setong.
"Apabila kita dapat mengeluarkan minyak secara besar-besaran, kos pengeluaran mungkin akan dikurangkan juga dan harga itu sendiri akan bergantung kepada harga minyak hari ini kerana semakin ramai orang menggunakan tenaga mampan yang akan menggantikan bahan api fosil tidak lama lagi," ujarnya.
Azizah Alwi
Mon May 22 2023

Abang Johari berharap pengenalan SAF daripada alga ini akan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil sekaligus dapat memelihara alam sekitar. - Foto Astro AWANI

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.

Negeri Sembilan belum cadang benarkan rapat saf solat berjemaah
Turut mengambil kira situasi semasa jangkitan COVID-19 yang masih merekodkan kira-kira 100 kes sehari di negeri ini.

Mufti Wilayah perjelas kedudukan kanak-kanak dalam solat jemaah
Zulkifli mengutarakan beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak masjid antaranya tidak membawa kanak-kanak yang teramat kecil dan susah untuk dijaga serta akan mengganggu jemaah ke masjid.

Mayat Aloysius Pang dibawa pulang selepas bedah siasat
Mayat pelatih Angkatan Tentera Singapura (SAF), Aloysius Pang akan dibawa pulang ke Singapura selepas selesai urusan bedah siasat.