SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata mana-mana pandangan daripada pihak berkaitan berhubung perkara itu juga masih belum diterima setakat ini, selain turut mengambil kira situasi semasa jangkitan COVID-19 yang masih merekodkan kira-kira 100 kes sehari di negeri ini.
"Terdapat golongan berusia yang datang ke masjid dan kebolehjangkitan itu adalah tinggi sekali gus membahayakan nyawa dan berisiko untuk dijangkiti. Saya berpandangan menjaga kesihatan lebih penting buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beberapa negeri sebelum ini termasuk Perlis kembali merapatkan saf di masjid dan surau manakala Johor pula memendekkan jarak fizikal antara jemaah daripada satu meter kepada setengah meter.
Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri akan meneruskan dasar diskaun 15 dan 25 peratus terhadap bayaran premium tanah pertanian yang diluluskan untuk ditukar syarat kepada projek hartanah.
Beliau berkata permohonan penukaran status tanah tersebut akan diteruskan sepanjang tahun ini berbanding sebelum ini yang hanya menetapkan permohonan dibuat dalam tempoh enam bulan sekali.
Jelasnya, diskaun sebanyak 25 peratus akan diberikan kepada pemaju yang menjelaskan bayaran premium dalam tempoh 30 hari selepas kelulusan pertukaran diperoleh manakala diskaun 15 peratus kepada yang membuat bayaran premium dalam tempoh 60 hari.
"Ini berikutan kita ingin memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar selain meneruskan agenda baharu sekali gus dapat merangsang pelaburan ke negeri ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata syarikat atau pihak yang memaparkan iklan di papan iklan sepanjang lebuh raya perlu memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata ini kerana terlalu banyak papan iklan haram yang dikhuatiri dibina tidak mengikut piawaian dan spesifikasi ditetapkan sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuh raya.
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri akan membuat tindakan penyelarasan antara PBT dengan pejabat tanah supaya tindakan dapat diambil bagi membendung isu papan iklan haram tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

"Terdapat golongan berusia yang datang ke masjid dan kebolehjangkitan itu adalah tinggi sekali gus membahayakan nyawa dan berisiko untuk dijangkiti." - Astro AWANI \ Shahir Omar

Projek atasi hakisan di Pantai Puteri dijangka siap sebelum 2027 - Exco
Projek mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan di Pantai Puteri sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM20 juta.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Ramadan: Mahasiswa UIS, sertai qiamullail dan subuh berjemaah
Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS) menggerakkan usaha yang berterusan untuk menggalakkan mahasiswa agar terus dekat dengan masjid.

Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19.

Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.

Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April
Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau juga dibenarkan dengan pematuhan SOP.

Selangor benar rapat saf solat berjemaah mulai 1 April
Solat tarawih juga dibenar dilaksanakan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini.

Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April
Perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.

Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi
Kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19.

Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.