KUCHING:Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pusat transit sementara yang menggunakan rumah rehat kerajaan di bahagian itu dibuka bertujuan untuk mematuhi arahan PKP sekali gus mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan gelandangan dan masyarakat.
Selain penyediaan makanan dan keperluan asas, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak membuat saringan kesihatan ke atas semua gelandangan yang dibawa ke pusat transit tersebut.
"Kita telah mengaktifkan semula tempat transit gelandangan di Sibu iaitu di sebuah rumah rehat kerajaan. Kita akan menempatkan gelandangan yang kita rasa selamat di situ.
"Sepanjang tempoh PKP ini, semua orang tidak dibenarkan bergerak sesuka hati termasuk juga gelandangan. Mereka akan tinggal di rumah rehat kerajaan itu sehingga tamat PKP," katanya ketika mengetuai operasi tinjauan gelandangan di Kuching pada malam Rabu.
Tambah Fatimah, pembukaan pusat transit untuk gelandangan di Sibu yang dijadualkan pada Februari ini terpaksa ditangguhkan ekoran PKP selain masih dalam proses pengubahsuaian bangunan.
"Pusat transit ini jika siap kelak akan menyediakan kemudahan kepada golongan ini. Tempat tidur dan rehat, ruang bilik mandi dan sebagainya.
"Makanan juga disediakan selain khidmat kesihatan dan kaunseling untuk membantu mereka," katanya.
Selain di Sibu, ujar Fatimah, sebuah lagi pusat transit untuk gelandangan juga akan dibina di Kuching dan perkara itu masih dalam proses kertas kerja.
Azizah Alwi
Thu Jan 28 2021

Fatimah (kiri) berbual bersama salah seorang gelandangan ketika melakukan tinjauan golongan itu di sekitar Kuching pada malam Rabu. - Foto Astro AWANI.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

TMJ titah pembinaan Pusat Transit Gelandangan di JB dipercepatkan
Pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru perlu disegerakan supaya lebih 500 gelandangan dapat menikmati kehidupan yang lebih terjamin.

'Sinar sambutan Deepavali semakin malap buat saya' - Gelandangan
Walaupun sambutan Deepavali di pusat transit gelandangan itu tidak semeriah bersama keluarga, namun ia memberi erti yang cukup besar.