KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mendedahkan ada dalam kalangan pelanggan doktor sebuah klinik swasta di Marang sanggup disuntik dengan air garam bagi mendapatkan sijil vaksinasi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia susulan keterangan daripada 23 individu yang mendapatkan perkhidmatan daripada doktor berkenaan.
Jelasnya individu berkenaan mengaku tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 walaupun status MySejahtera sudah merekod penerimaan vaksinasi.
“Yang uniknya sesetengahnya ambil suntikan air suling atau air garam kerana hendak menunjukkan kononnya ada kesan. Selepas itu confident diri, kalau orang tanya katanya dah suntik tetapi bukan vaksin tapi air garam atau air suling,” katanya.
Dalam pada itu Rohaimi berkata menerusi maklumat yang diterima, penjawat awam, kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan orang persendirian adalah antara individu yang dikesan mendapatkan sijil vaksinasi palsu daripada doktor berkenaan.
Bagaimanapun kesahihannya bergantung kepada siasatan yang masih dijalankan.
“Saya telah mendapat panggilan daripada syarikat-syarikat yang besar memaklumkan pekerja mereka ada mendapat sijil MySejahtera daripada klinik tersebut dan jadi kita menunggu sekiranya kita comfirmkan setiap nama adalah mengaku tidak mengambil suntikan maka tindakan dalaman (akan diambil) untuk peringkat mereka,” katanya.
Jelasnya lagi, setakat ini tujuh individu termasuk seorang doktor yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi palsu telah ditahan bagaimanapun kesemua mereka telah dibebaskan sementara menunggu arahan daripada pihak pendakwaan.
Jelasnya lagi setakat ini juga hanya klinik swasta berkenaan dikesan terlibat dalam kegiatan berkenaan dan doktor berkenaan juga menjalankan proses itu secara bersendirian di kliniknya.
Terdahulu polis Terengganu berjaya membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu susulan penahanan seorang doktor yang pada 8 Januari lalu.
Kegiatan itu dipercayai telah dilakukan sejak September tahun lalu dengan mengenakan caj bayaran antara RM400 hingga RM600.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tindakan selanjutnya oleh pihak pendakwa raya.
Astro Awani
Thu Jan 20 2022

Individu berkenaan mengaku tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 walaupun status MySejahtera sudah merekod penerimaan vaksinasi.- Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sanggup disuntik air garam untuk dapatkan sijil vaksinasi - Polis Terengganu
Polis Terengganu mendedahkan ada dalam kalangan pelanggan doktor sebuah klinik swasta di Marang sanggup disuntik dengan air garam bagi mendapatkan sijil vaksinasi.