KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu menghabiskan masa-masa terakhir beliau bersama keluarga dengan riang sebelum meninggal dunia pagi tadi, kata anaknya Senator Datuk Seri S. Vell Paari.
Berkongsi detik-detik itu, Vell Paari berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 6 pagi tadi, ayahnya sempat meluangkan masa bersama keluarga memandangkan beliau banyak berada di rumah sejak Isnin lepas.
"Angin beliau agak baik dan riang, malam tadi katanya beliau teringin makan nasi goreng dan saya sempat masak macam yang dia hendak. Selepas 10 malam katanya beliau letih dan lebih baik kami balik," katanya mengenangkan kerenah mendiang ketika ditemui di kediaman Samy Vellu di sini hari ini.
Vell Paari juga berkata keluarganya tersentuh apabila ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Hari ini, kerana jasanya kepada masyarakat, pemergian beliau merupakan pembuka mata kepada betapa banyak kehidupan yang telah disentuhnya.
"Beliau adalah individu yang sanggup meredah apa jua halangan. Beliau sezaman dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan corak kepimpinan mereka adalah berbeza kerana mereka berusaha memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksana sebaik mungkin," katanya.
Rata-rata pemimpin menyifatkan mendiang sebagai seorang pemimpin yang tiada galang gantinya dan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Samy Vellu adalah contoh pemimpin yang tidak mengenal perbezaan kaum dalam perjuangannya dan perlu dicontohi oleh generasi akan datang.
"Kehilangan besar bagi saya secara peribadi yang mengenali Tun sejak arwah ayah saya menjadi Perdana Menteri sehingga saya sendiri berada dalam Kabinet bersama mendiang," katanya ketika hadir memberi penghormatan terakhir di kediaman Samy Vellu.
Menyuarakan pandangan sama, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata mendiang telah mencorak landskap pembangunan negara melalui khidmat beliau sebagai Menteri Kerja Raya.
Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi turut berkongsi kenangan indah mengenali mendiang terutama ketika bertugas sebagai wartawan.
Beliau berkata walaupun memiliki keperibadian serius, Samy Vellu sebenarnya adalah seorang tokoh yang suka berseloroh.
"Ada sekali tu di Parlimen, kami bergegas untuk mendapatkan berita. Beliau memberhentikan kami, kata jangan lari-lari takut jatuh, saya ada sini, saya tak lari manapun," katanya.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng pula berkata mendiang adalah seorang pemimpin yang tidak mengira perbezaan politik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri.
"Meskipun berbeza pegangan politik, kami tidak pernah meragui bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang begitu mengambil berat kebajikan semua pihak. Mendiang mengambil berat tentang banyak perkara, kami sentiasa menghargai apa yang beliau lakukan meskipun kami di pihak yang berlawanan."
BACA: Tun Samy Vellu meninggal dunia
"Dari satu segi, pemergian beliau adalah pemergian satu era. Kami mendoakan agar beliau bersemadi dengan tenang di sana," katanya.
Mayat mendiang Samy Vellu akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Cheras pada 4 petang esok untuk disempurnakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu menghabiskan masa-masa terakhir beliau bersama keluarga dengan riang sebelum meninggal dunia pagi tadi, kata anaknya Senator Datuk Seri S. Vell Paari. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan
Figura bernama Tun S Samy Vellu tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain kerana sumbangan mendiang yang amat besar kepada masyarakat dan negara.

Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah
Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin menolak permohonan kedua wanita itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN
Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.

Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu
Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan terdahulu Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003.

Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam
Mesyuarat khas MIC hari ini meluluskan resolusi bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli parti itu.

PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek
Kritikan Dr Mahathir kepada Najib akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.

Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC
Bekas presiden paling lama MIC itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota dan pemimpin parti untuk membuat keputusan.

Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tiada siapa yang mempunyai hak untuk memberitahu bila beliau sepatutnya bersara.

Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu
Datuk Seri S. Samy Vellu mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau dalam perebutan itu.