IPOH: Polis berjaya memberkas enam lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bahan logam mampat bernilai RM180,000 di sebuah kilang elektronik di Jalan Lapangan Terbang dekat sini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini, Pulau Pinang dan Selangor, pada Khamis dan Jumaat.
Kesemua suspek berusia antara 27 dan 47 tahun, termasuk seorang pengawal keselamatan kilang berkenaan berusia 40 tahun, yang dipercayai merupakan dalang kejadian.
Polis turut berjaya menemukan semula semua besi mampat yang dilarikan, serta kenderaan, pakaian dan telefon bimbit yang digunakan suspek ketika kejadian, di rumah pengawal tersebut di Bercham.
Yahaya berkata, tangkapan dibuat susulan maklumat diterima pihaknya berhubung kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang elektronik di sini pada jam 9.15 malam 14 September lalu.
“Semasa kejadian, sekumpulan lelaki pecah masuk ke dalam kawasan kilang dan mengikat pengawal keselamatan lalu melarikan sejumlah bahan logam mampat bernilai lebih kurang RM180,000, dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Hasil siasatan mendapati, seorang pengawal keselamatan di kilang berkenaan yang dipercayai dalang telah membuka pintu pagar kilang dan membenarkan lima rakan penjenayahnya masuk ke stor kilang. Dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan warga asing lain telah diikat.
“Selepas kejadian dilaporkan, Polis Ipoh melancarkan Op Kargo Carsem dengan mengumpulkan maklumat dan risikan sehingga tertangkapnya enam lelaki warga tempatan yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yahaya berkata, hasil semakan mendapati lima daripada enam suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau, manakala seorang suspek berusia 47 tahun didapati positif dadah jenis morfin.
Katanya, selain pengawal keselamatan, empat suspek lain didapati bekerja sebagai peniaga, buruh kontrak, nelayan dan kelindan lori, sementara seorang lagi tidak bekerja.
Tambahnya, kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 26 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan bersenjata.
“Dengan tertangkapnya kesemua suspek terlibat dan rampasan barang-barang kes, maka kes ini dianggap selesai.
"Kini, pihak siasatan sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan.
“Dalam perkara ini, pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya kesemua suspek,” kata Yahaya lagi.
Amirrul Rabbani
Fri Sep 22 2023
![Samun kilang elektronik: Enam lelaki tempatan ditahan reman Samun kilang elektronik: Enam lelaki tempatan ditahan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695428553_TBsamun.jpg)
Polis menemui barang kes yang disimpan di sebuah rumah di Bercham, dipercayai milik dalang utama kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang elektronik di Ipoh, Khamis lalu. - Foto PDRM
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
![Pasangan tunang disyaki terlibat kes langgar lari anggota polis ditahan Pasangan tunang disyaki terlibat kes langgar lari anggota polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707145942_TBYahayaHassan.jpg)
Pasangan tunang disyaki terlibat kes langgar lari anggota polis ditahan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pasangan itu, yang sudah bertunang serta berumur 33 dan 34 tahun, ditahan siang tadi hasil maklumat orang awam.
![Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698162199_TBYahayaHassan.jpg)
Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis
Polis mendapati kedai serbaneka yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen di Taman Rishah sudah tidak beroperasi dan ditutup.
![Mayat wanita warga emas ditemukan terapung Mayat wanita warga emas ditemukan terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697474602_Mayatwanitawargae.jpg)
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung bersama jala di tangannya di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Pasir Puteh.
![Samun kilang elektronik: Enam lelaki tempatan ditahan reman Samun kilang elektronik: Enam lelaki tempatan ditahan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695428553_TBsamun.jpg)
Samun kilang elektronik: Enam lelaki tempatan ditahan reman
Suspek yang berusia antara 27 dan 47 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor.
![Polis minta bantuan kesan wanita hilang sejak Oktober lalu Polis minta bantuan kesan wanita hilang sejak Oktober lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686573728_yusshakinamohdzulk.jpg)
Polis minta bantuan kesan wanita hilang sejak Oktober lalu
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Oktober lepas di Taman Mas,dekat Chemor.
![Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685205460_Pekerjakuarimautd.jpg)
Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai
Seorang pekerja kuari maut selepas dihempap batu seberat kira-kira 10 tan dari ketinggian 25 meter di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, pada Sabtu.
![Polis siasat dakwaan anggota enggan terima laporan Polis siasat dakwaan anggota enggan terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676391592_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis siasat dakwaan anggota enggan terima laporan
Dakwaan individu menerusi video yang tular dalam media sosial bahawa pihak polis enggan menerima laporan untuk tujuan keselamatannya, kini telah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standar
![Lelaki hilang dua hari ketika berjoging dakwa pengsan diketuk di kepala Lelaki hilang dua hari ketika berjoging dakwa pengsan diketuk di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664614966_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Lelaki hilang dua hari ketika berjoging dakwa pengsan diketuk di kepala
Siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut keluar berjoging di satu kawasan perumahan di Anjung Bercham Indah.
![Kes hak penjagaan anak: Polis masih berusaha kesan Muhammad Riduan Abdullah Kes hak penjagaan anak: Polis masih berusaha kesan Muhammad Riduan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661264509_ACPYahayaHassand.jpg)
Kes hak penjagaan anak: Polis masih berusaha kesan Muhammad Riduan Abdullah
Polis masih berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan waran pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014 berhubung hak penjagaan anak.
![11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh 11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650203947_ACPYahayaHassand.jpg)
11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.