IPOH: Kurang 24 jam insiden seorang pegawai polis cedera dilanggar sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor malam tadi, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pasangan itu, yang sudah bertunang serta berumur 33 dan 34 tahun, ditahan siang tadi hasil maklumat orang awam.
"Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian dan saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah THC serta mempunyai 17 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata suspek wanita juga memiliki dua rekod jenayah dan kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman manakala kertas siasatan akan dilengkapkan serta dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin bagi tujuan pendakwaan.
Insiden pada 7.30 malam semalam menyaksikan anggota polis berusia 34 tahun itu dilanggar dengan sebuah Proton Iriz biru sebanyak dua kali menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan pemeriksaan mendapati tulang rusuk serta tulang bahu mangsa patah.
Yahaya berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pasangan itu, yang sudah bertunang serta berumur 33 dan 34 tahun, ditahan siang tadi hasil maklumat orang awam. - Gambar fail/BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Pasangan tunang disyaki langgar lari polis direman seminggu
Seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam insiden seorang anggota polis cedera dilanggar, direman tujuh hari.

Pasangan tunang disyaki terlibat kes langgar lari anggota polis ditahan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pasangan itu, yang sudah bertunang serta berumur 33 dan 34 tahun, ditahan siang tadi hasil maklumat orang awam.

2 anggota polis dituduh lakukan seks luar tabii, cabul, ugut pasangan kekasih
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.