KUALA LUMPUR: Dua wanita antara empat ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjatakan pisau serta melarikan kenderaan dengan nilai kerugian dianggar RM60,000 di sebuah rumah di Subang Jaya.
Kesemua suspek warga tempatan berkenaan berumur lingkungan 27 hingga 32 tahun masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam pada 4 Jun lepas, mangsa menyatakan rumahnya dimasuki dua lelaki.
Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek memakai pelitup muka turut mengikat mangsa yang tinggal bersama isteri, ibu dan dua anak.
"Suspek menggunakan pisau menyamun mangsa dan keluarga serta melarikan kereta jenis Honda City yang diparkir di hadapan rumah bersama-sama sejumlah barangan berharga milik mangsa," katanya dalam kenyataan malam ini.
Wan Azlan berkata modus operandi suspek ialah memakai pelitup muka dengan mengikat mangsa dan ahli keluarganya menggunakan kabel telefon serta tali pinggang dan kemudian melarikan sejumlah barangan peribadi, barangan berharga serta kenderaan milik mangsa.
Beliau berkata polis merampas beberapa barangan peribadi yang digunakan untuk kegiatan samun iaitu dua bilah pisau, pakaian milik suspek, satu unit pemutar skru serta sepasang sarung tangan.
Selain itu, barangan milik mangsa yang dijumpai semula ialah barangan peribadi, barangan kemas, telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan juga sebuah kereta mangsa.
Turut dirampas adalah sebuah kereta jenis Honda EK yang dilaporkan hilang di kawasan Jinjang, di sini.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kes ini dan kesemua mereka direman selama lima hari bermula hari ini. Selain itu, polis percaya suspek terlibat beberapa kes di kawasan Subang Jaya dan kawasan lain," katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian samun berkumpulan supaya tampil memberikan kerjasama kepada polis menerusi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau pegawai penyiasat Insp G. Dinesh 011-33094457.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Kesemua suspek warga tempatan berkenaan masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.

Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.

Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.

Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.

Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan
Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.

Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis
Wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Brickfields.

Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan bersama 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat bernilai RM50,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Setar, Khamis lalu.

Kilang proses ubat batuk tiruan diserbu, wanita ditahan
KPDN turut rampas antaranya 10,000 botol ubat batuk yang siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk dalam mesin pengadun.

Wanita peras ugut pelakon Parasite, Lee Sun-kyun ditahan
Seorang wanita yang disyaki memeras ugut aktor Lee Sun-kyun ditahan oleh polis tempatan, beberapa jam selepas bintang itu ditemui meninggal dunia.