AYER KEROH: Tindakan seorang sami cuba mencabul seorang doktor yang sedang memberi rawatan kepadanya membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, M Raja Gopal, 52, yang juga orang kurang upaya (OKU) bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan cara menyentuh payu daranya dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 petang pada 12 Mei lalu di Katil No 25, wad A-G Nefrologi Blok A, Hospital Melaka.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM10,000 dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.
Peguam yang mewakili tertuduh, P. Thisharmini, bagaimanapun, memohon mahkamah mengenakan hukuman paling rendah dengan alasan anak guamnya adalah seorang OKU, mempunyai penyakit kencing manis dan angin ahmar.
Tertuduh juga, katanya, sudah berusia 52 tahun dan mempunyai lima orang anak perempuan.
Mohamad Izwan pada penghakimannya kemudian menetapkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh menganggu mangsa dalam apa juga medium dan perlu melapor diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran.
Mahkamah turut menetapkan 26 September ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 12 2022
![Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660292658_Samimengakutidakb.jpg)
Tertuduh, M Raja Gopal tidak mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita dengan cara menyentuh payu daranya dengan niat mencabul kehormatan mangsa. - Gambar Astro AWANI
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.
![Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660292658_Samimengakutidakb.jpg)
Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
![Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71556971186_Vajiralongkorn.jpg)
Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand
Istiadat yang bersejarah dan yang pertama dalam tujuh dekad itu bermula dengan Upacara Penyucian Diraja yang juga dikenali sebagai "Song Muratha Bhisek."
![Kanak-kanak sembilan tahun maut dibelasah sami Kanak-kanak sembilan tahun maut dibelasah sami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535158918_KANAKKANAKMAUT.jpg)
Kanak-kanak sembilan tahun maut dibelasah sami
Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan maut selepas dipukul dan dihentak pada tiang batu oleh seorang sami di sebuah kuil di Kanchanaburi.
![Ceritalah ASEAN - Kebahagiaan yang sukar dicapai: Renungan seorang sami Thai Ceritalah ASEAN - Kebahagiaan yang sukar dicapai: Renungan seorang sami Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522643393_CeritalahAsean.jpg)
Ceritalah ASEAN - Kebahagiaan yang sukar dicapai: Renungan seorang sami Thai
Masa yang panjang menjaga kedai ibu bapanya membuatkan minda muda Pisut berfikir. Melihat orang datang dan pergi, beliau berfikir apa yang membuat seseorang itu senyum atau mengerut dahi.