SEBELUM Phra Visuddho, beliau ialah Pisut Aungsupalee. Dalam bahasa Thai, "Pisut" bermakna "ketulenan". Bila gurunya, Phra Upaseno menauliahkannya sebagai sami, beliau mengambil nama makna sama dalam bahasa Pali, "Visuddho". Pali ialah bahasa yang digunakan dalam teks Buddha.
Dilahirkan di Yaowarat, daerah pekan Cina Bangkok, Pisut --- yang merupakan seorang Cina-Thai --- membesar dengan membantu ibu bapa mereka berniaga kedai buah pada hujung minggu. "Jika saya perlu buka kedai, saya akan bangun pukul enam pagi."
Masa yang panjang menjaga kedai ibu bapanya membuatkan minda muda Pisut berfikir. Melihat orang datang dan pergi, beliau berfikir apa yang membuat seseorang itu senyum atau mengerut dahi.
"Bila saya berusia sembilan tahun, saya sudah fikir apa makna kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa saya akhirnya mahu menjadi seorang sami, untuk memahami kebahagiaan --- bukan secara zahir tetapi abadi."
Pada usia 12 tahun, beliau dan keluarganya berpindah ke Wilayah Nonthaburi di luar bandar.
"Bangkok sesak dan tercemar, sedangkan Nonthaburi ada hutan. Udaranya segar dan ia tidak sesak.
Pada masa itu pun Pisut akan memandu pulang ke Bangkok pada hujung minggu untuk menjaga perniagaan keluarga.
"Saya akan bangun awal-awal pagi. Ini membantu beliau menyiapkan diri untuk menjadi sami. Sebagai seorang sami, saya bangun pagi sebelum pukul enam untuk melakukan bintabaht."
Bintabaht adalah pungutan derma yang akan menyediakan makanan seorang sami. "Sebelum tengah hari, saya boleh makan. Kemudiannya saya hanya boleh minum air atau jus." Bintabaht bukanlah kewajipan harian bagi sami, tetapi Phra Visuddho tidak menghabiskan harinya tanpa melakukannya.
Pada tahun akhir di sekolah menengahnya, Pisut membuat keputusan untuk mempelajari sosiologi.
"Saya hendak belajar mengenai diri kita sendiri --- sebagai manusia --- dan mengenai kehidupan."
Beliau akhirnya berada di Universiti Kesetsart di Bangkok.
Maka bila Pisut berusia 22 tahun, abangnya menjadi sami sementara. Pentauliahan jangka pendek seumpama itu dianggap sebagai suatu adat bagi lelaki muda Thai beragama Buddha.
Beliau pulang untuk bekerja di kedai buah itu selepas 45 hari.
"Sebenarnya beliau mahu menjadi seorang sami selamanya. Tetapi keluarga saya mempunyai pemikiran berbeza mengenai kehidupan. Dalam tradisi China, salah seorang anak lelaki wajib menjaga ibubapanya."
"Maka bila saya berusia 23 tahun, saya beritahu ibu saya yang saya hendak menjadi seorang sami. Beliau kata, 'Baiklah. Kamu boleh ditauliahkan, tetapi untuk dua minggu... ia sudah cukup bagus.'"
Pisut tidak berpuas hati dengan tempoh yang begitu pendek. Beliau menolak tawaran ibunya.
"Oleh kerana saya tidak menjadi sami, maka saya pergi ke England untuk mendapatkan ijazah Sarjana dalam sosiologi. Saya masih mempunyai rasa ingin tahu terhadap idea kehidupan."
Kemudian bapanya koma setelah menanggung kanser hati selama enam tahun. Pisut serta-merta kembali ke Bangkok. Selepas 10 hari tidak sedarkan diri, bapanya meninggal dunia.
Kematian bapanya mengubah sudut pandangannya terhadap kehidupan. Pisut yang berusia 23 tahun menimbang semula impian untuk menjadi sami, beliau memikir mengenai kematian.
"Jika saya tunggu masa sesuai, ia tidak akan berlaku. Sekarang atau langsung tidak berlaku."
Kini, beliau yang berusia 36 tahun adalah seorang sami yang tinggal di Wat Saket, Kuil Bukit Emas di Bangkok.
Phra Visuddho melihat konflik di Selatan sebagai cabaran terbesar bagi Thailand dan malah terhadap agamanya. Pandangannya --- suatu yang tidak mengejutkan --- adalah konservatif.
"Setiap kali saya dengar berita mengenai kekerasan, saya sentiasa mengaitkan pelakunya sebagai orang Islam yang mahu mengajukan agenda melalui cara ekstrem. Banyak orang Islam menyokong para pemberontak. Ia sukar untuk diselesaikan."
Pada satu kunjungan ke Leeds baru-baru ini, untuk memperbaiki bahasa Inggerisnya, beliau ingat bagaimana seorang Islam dari Timur Tengah yang mendekatinya di sebuah perpustakaan awam. "Di manakah Buddha?" ejek lelaki itu.
"Dia mentertawakan pakaian warna kunyit saya kerana saya adalah seorang sami," kata Visuddho mengenangkan peristiwa itu.
Walaupin menyatakan tidak memiliki perasaan memusuhi orang Islam, sami kelahiran Bangkok itu, tanpa menyedari telah mendedahkan suatu garisan pertembungan utama Asia Tenggara iaitu antara agama Buddha dan Islam.
Sami itu menyarankan satu langkah serta-merta yang beliau percaya kerajaan Thai patut lakukan bagi menyelesaikan isu itu. "Mereka patut menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi."
Bukan Phra Visuddho saja menyokong suatu langkah yang boleh mencetuskan kesan buruk kepada Selatan Thailand. Tuntutan untuk menjadikan agama Buddha sebagai agama negara dalam perlembagaan telah ditolak sebanyak dua kali sepanjang 10 tahun lalu.
Sejak 2004, wilayah-wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan sebahagian daripada Songkhla telah menyaksikan kemunculan semula kekerasan. Pemisah Barisan Revolusi Nasional (BRN) didakwa telah memimpin tindakan ke atas penduduk majoriti Thailand yang beragama Buddha.
Islam memainkan peranan utama dalam identiti Patani. Kerajaan Patani hanya dijadikan sebagai sebahagian daripada Thailand (ketika itu dikenali sebagai Siam) dalam tahun 1902. Maka, wilayah itu mengekalkan suatu identiti jelas, dengan adat, agama dan bahasa yang berbeza.
Dalam 14 tahun sejak kemunculan semula kekerasan, hampir 7,000 orang mati dan lebih 12,500 cedera. Walaupun terdapat usaha-usaha tempatan dan antarabangsa, penyelesaian konflik hampir satu abad itu masih tidak kelihatan.
"Saya percaya perubahan mesti datang dari komuniti Islam Thai. Mereka mesti menerima kewujudan bersama dan toleransi dengan melihat ke dalam."
Phra Visuddho dengan tegas menyokong dasar-dasar "kewujudan bersama" kerajaan Thai. Tetapi beberapa kalangan telah menyifatkan pendekatan ini sebagai asimilasi paksa dan/atau 'Thaifikasi' --- asasnya dengan menetapkan bahawa bahasa Thai digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah, pendidikan Islam dipinggirkan dan mahkamah Islam tempatan dimansuhkan.
Pada waktu sama, beliau merasakan cara pihak pemisah bertambah ganas. Tindakan menjadikan guru sekolah beragama Buddha sebagai sasaran sangat membimbangkan beliau.
Apabila ditanya apa komuniti Buddha boleh lakukan untuk menamatkan kekerasan itu, jawapan Phra Visuddha tidak bersemangat dan ternyata tidak mencukupi. "Agama Buddha mengajar kasih sayang dan bagaimana hendak memahami antara satu sama lain. Kami para sami akan membantu untuk mengurangkan ketegangan antara agama."
"Agama Buddha akan menyokong agama lain. Agama Buddha tidak memaksa."
Bagaimanapun, diharapkan bahawa penyokong kuat etnik dan agama di rantau ini sedar bahawa tanggungjawab bagi kewujudan sebuah negara yang aman dan progresif terletak pada kedua-dua pihak - majoriti dan minoriti - secara saksama.
Kesemuanya memerlukan keseimbangan - sesuatu yang turut ditekankan oleh agama Buddha.
Perdamaian antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di Asia Tenggara tidak akan berlaku kecuali golongan minoriti diberikan ruang untuk mengamalkan agama, budaya dan bahasa, ketika mana mereka mendapatkan tempat dalam negara masing-masing.
Kelihatannya bagi kedua-dua penganut agama Buddha dan Islam Thai, keperluan untuk "melihat ke dalam diri" adalah sangat mustahak.
Karim Raslan
Mon Apr 02 2018
Mencipta masyarakat yang damai dan progresif adalah tanggungjawab bersama kelompok majoriti dan minoriti Thailand. Ceritalah/ Hezril Azmin
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.