Umat Islam hari ini menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul tahun ini dengan acara perarakan dan berselawat sambil memperingati pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam.
Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera', disambut secara sederhana di seluruh negara dengan penuh keinsafan dan penghayatan.
Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pagi tadi.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Seramai 8,000 peserta daripada 100 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform dan penuntut institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah menyertai perarakan yang bermula 7.45 pagi.
Di SARAWAK, sambutan hari penuh bermakna umat Islam itu dimulakan dengan amanat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menyifatkan sambutan hari ini sebagai tanda kesyukuran atas anugerah seorang Rasul terakhir utusan Allah untuk manusia sejagat.
"Biarpun baginda telah wafat, namun perjuangan baginda menyebarkan ilmu, kedamaian, keadilan dan kebaikan tidak akan terhenti begitu sahaja, sebaliknya ia akan tetap diteruskan oleh kita selaku umat baginda," katanya.
Usai ucapan itu, Abang Johari seterusnya mengetuai perarakan bersama lebih 11,000 peserta daripada 279 kontinjen yang diadakan di sekitar bandar raya Kuching melibatkan dua laluan yang keseluruhannya sejauh 7.7 kilometer.
Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat negeri yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, pada pukul 9 pagi tadi.
Turut berkenan berarak Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin.
Peserta perarakan disertai 93 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan, badan beruniform dan badan bukan kerajaan melibatkan 3,000 peserta yang mula berkumpul di Padang MPS sekitar 7 pagi menuju ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Seremban dengan jarak sejauh 600 meter.
Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang dihadiri lebih 500 orang di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Di MELAKA, seramai 5,100 peserta daripada 93 kontinjen menyertai perarakan sejauh 2.5 kilometer bermula dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Pusat Islam, Bukit Palah dengan diketuai Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Daripada jumlah itu, 61 kontinjen melibatkan 3,069 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta, 15 kontinjen dengan kekuatan 1,210 orang daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan serta 17 kontinjen melibatkan 821 pelajar sekolah.
Di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat negeri di Stadium Negeri.
Pasangan diraja itu diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Datin Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.
Terdahulu, seramai 1,710 peserta daripada 30 kontinjen terdiri daripada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, badan beruniform, sekolah, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai perarakan bersempena sambutan Maulidur Rasul kali ini.
Di SABAH, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan menyertai perarakan dari Sutera Avenue hingga ke perkarangan Masjid Negeri bersama 8,000 peserta daripada 74 kontinjen.
Terdahulu dalam ucapannya, Juhar berkata generasi muda pada hari ini perlu menjadikan pemikiran inovatif sebagai budaya bagi meningkatkan daya saing sekali gus membangunkan tahap ekonomi rakyat demi kepentingan umat dan negara bangsa.
Di PULAU PINANG, kira-kira 1,000 peserta daripada kontinjen pelbagai agensi, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan kariah masjid menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ihsaniah, Simpang Ampat Seberang Perai Selatan.
Perarakan sejauh dua kilometer bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian ke masjid tersebut turut disertai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Razak Jaafar.
Di KEDAH, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di Alor Setar. Turut berangkat meraikan sambutan itu ialah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Turut sama berangkat Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Di SELANGOR, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Malawati.
Turut mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Menteri Besar Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.
Terdahulu sebelum majlis perasmian, Tengku Amir bersama kira-kira 3,850 peserta daripada 77 kontinjen melibatkan pelbagai jabatan dan agensi menyertai perarakan Maulidur Rasul sejauh 2.3 kilometer, bermula dari Stadium Mini Seksyen 13 sehingga ke Stadium Malawati.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
![Sambutan Maulidur Rasul disemarakkan dengan memperingati pengorbanan Rasulullah Sambutan Maulidur Rasul disemarakkan dengan memperingati pengorbanan Rasulullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573284783_TBYDPAGONG.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722769167_HimpunanPembebasan.jpg)
Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar
Sebanyak 65 pegawai dan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil.
![Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720150636_tbcerminkereta.jpg)
Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.
![Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720150636_tbcerminkereta.jpg)
Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.
![Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715053308_TBHoHup.jpg)
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
![Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709041497_TBMelly.jpg)
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
![Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631261950_Prasarana.jpg)
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
![Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694158957_Mayat.jpg)
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
![Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689232456_TBYuvanShankarRaja.jpg)
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
![Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677995452_BlackpinkConcert.jpg)
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
![Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673239733_PerkhidmatanStesen.jpg)
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.