PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam di negara ini agar mengelak daripada menyebar fitnah yang akhirnya mengugat kestabilan dan keharmonian negara.
Titah baginda, akhlak mulia Nabi Muhammad SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.
Namun fenomena fitnah selepas kewafatan Rasulullah SAW, menyebabkan kejatuhan dan keruntuhan kuasa besar dunia itu.
"Hakikatnya perkataan yang kurang elok, sama ada ketika tutur bicara, mahupun ketika menulis di media sosial, kata-kata yang berbentuk cacian, nista dan dusat serta fitnah akan hanya mengugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta.
"Marilah kita mengambil iktibar dengan kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat daripada budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Khamis.
Turut berkenan hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama dalam majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Titah Al-Sultan Abdullah lagi, sejarah Islam menyaksikan fenomena fitnah telah membawa kepada hancurnya keharmonian dan kestabilan sesebuah negara.
"Selepas kewafatan Rasulullah SAW, fenomena fitnah telah membawa kepada peristiwa yang amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan Khalifah ketiga, Saidina Uthman bin Affan.
"Demikian hebat hakikat fitnah dan tipu daya yang bukan sahaja telah menumpahkan darah seorang pemimpin Islam yang agung. Malahan telah turut menghancurkan keharmonian dan kestabilan sebuah negara.
"Kerana itu Allah SWT mengingatkan seluruh umat Islam untuk menghindari, serta menjauhi orang-orang yang tidak bercakap benar sebagaimana yang difirmankan dalam surah Al-Qalam ayat ke-10; 'Janganlah kami ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela yang sana ke mari menghembur fitnah'," titah baginda lagi.
Justeru, titah Al-Sultan Abdullah, akhlak warisan Rasulullah SAW perlu dicontohi seluruh rakyat di negara ini.
"Justeru bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada thaun ini, beta ingin menyeru kepada seluruh rakyat beta untuk bersama mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah SAW yang amat bernilai dan istimewa.
"Marilah kita terapkan akhlak mulia dalam pertuturan dengan menutur bicara kebenaran, bersikap jujur, serta menjauhi fitnah, kata-kata dusta dan pembohongan," titah baginda lagi.
Fareez Azman
Thu Sep 28 2023

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Gambar/ BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.