Sambutan Hari Pahlawan 2018 yang meriah dan penuh istiadat bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada majlis tersebut di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini.
Istiadat kemudian diteruskan dengan perarakan masuk dua panji iaitu Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) oleh kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota, diketuai Mejar Juniusabdiah Shahputra Janny.
Lagu 'Negaraku' dimainkan, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.
Seri Paduka Baginda kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama.
Keseluruhan komposisi perbarisan terdiri daripada 46 pegawai dan 823 anggota lain-lain pangkat (LLP) gabungan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Veteran ATM serta Persatuan Veteran PDRM.
Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan pengurusan atasan pelbagai jabatan dan kementerian.
Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai 'last post' dengan menurunkan Jalur Gemilang.
Hadirin seterusnya disajikan persembahan deklamasi sajak 'Pahlawan' dan pantomim kisah perjuangan Kapten Mohana Chandran bertajuk 'Operasi Iblis 1971' oleh enam pegawai dan 98 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Operasi oleh Markas Briged Kedua Infatri Malaysia pada 1971 itu dilancarkan berikutan kehadiran pengganas di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.
Pada majlis hari ini, enam rakan seperjuangan mendiang Mohana yang terlibat dalam pertempuran itu diberi penghormatan menghadap Sultan Muhammad V.
Acara kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Fajar atau lebih dikenali Rouse, serentak Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada rakan-rakan tentera dan polis yang masih hidup untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Seruan 'Daulat Tuanku' dilaungkan tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan baginda.
Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai adalah antara usaha dan keperihatinan kerajaan dalam mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.
Sejak 1968, acara tahunan ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM dan kali ini ia dianjurkan ATM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
![Sambutan Hari Pahlawan 2018 meriah, penuh istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2018 meriah, penuh istiadat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61533021774_TBAGONGxjpg.jpg)
Sultan Muhammad V menerima hormat diraja pada istiadat perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 berlangsung di Dataran Pahlawan Negara hari ini. Turut hadir Dr Mahathir. --fotoBERNAMA
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
![Upacara Hari Pahlawan kembali ke Tugu Negara Upacara Hari Pahlawan kembali ke Tugu Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731235827_TuguNegaraHariPa.jpg)
Upacara Hari Pahlawan kembali ke Tugu Negara
Lebih 300 orang berkumpul di Tugu Negara pagi Ahad meskipun hujan lebat untuk memperingati Hari Pahlawan, menandakan kembalinya acara itu ke monumen kebangsaan selepas dua tahun.
![Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722398718_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
![Pantomim 'Op Subuh': Daripada kajian watak kepada persembahan penuh emosi Pantomim 'Op Subuh': Daripada kajian watak kepada persembahan penuh emosi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722393369_Raptai.jpg)
Pantomim 'Op Subuh': Daripada kajian watak kepada persembahan penuh emosi
Op Subuh berkisar insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk.
![Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722389167_SultanIbrahim.jpg)
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
![Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690777510_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
![Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690771583_YDPA.jpg)
Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690770008_YDPA.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM
Seri Paduka berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM.
![Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661264509_ACPYahayaHassand.jpg)
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
![Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659239076_HariPahlawan.jpg)
Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM
PM ingatkan rakyat tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
![Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627693018_TBagongpahlawan.jpg)
Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.