KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan iaitu melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga supaya tema dan konsep sambutan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' yang diterapkan kali ini, dapat dirakyatkan sepenuhnya.
Beliau berkata, ini penting kerana sambutan tidak seharusnya hanya bersifat majlis besar yang dilaksana di peringkat nasional, sebaliknya, perlu menonjolkan cara setiap keluarga atau komuniti dari pelbagai latar belakang dalam menyambut hari bersejarah negara.
"Kita juga akan menggerakkan unit-unit yang ada dalam rangkaian komuniti Keluarga Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain agar semuanya mengambil inisiatif untuk menggerakkan dan mengadakan sambutan peristiwa ini di peringkat akar umbi.
"Malah kalau boleh kita jalankan kempen agar sambutan berlaku juga di peringkat keluarga,mungkin sebagai contoh mewujudkan satu pertandingan di TikTok untuk memperlihatkan cara-cara Keluarga Malaysia kita menyambut Hari Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri di sini, hari ini.
Annuar berkata, beliau akan menulis surat kepada semua kerajaan negeri serta wakil-wakil rakyat untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam merakyatkan sambutan terbabit.
Pelancaran itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.
Sementara itu, dalam sidang media, Annuar berharap program sambutan itu dapat dihebahkan oleh pihak media serta agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh dari rakyat, di samping membantu menerapkan penghayatan mereka terhadap tema sambutan.
"Saya rasa ini penting kerana saya nak tengok lebih fizikal, lebih kertelihatan sambutan dilakukan oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang berbagai kaum," katanya.
Beliau juga tidak mahu melihat sambutan terbabit hanya kelihatan seolah-olah disambut oleh negeri tertentu sahaja atau di peringkat tertentu atau disambut oleh kaum tertentu sahaja tetapi ingin benar-benar melihat kebersamaan rakyat Malaysia.
"Sebagai contoh kita mahu keterlihatan dalam meningkatkan peluang siaran terhadap program yang dilaksanakan pelbagai masyarakat dalam negara ini sempena Hari Kemerdekaan di stesen-stesen siaran (televisyen). Jangan siar semuanya (program) KL centric (menumpukan program di Kuala Lumpur sahaja) atau hanya perkara yang dibuat oleh masyarakat Melayu," katanya.
Mengulas pemilihan logo berkonsepkan jalur liputan internet dan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini, Annuar berkata, ia bersesuaian dengan situasi dialami negara ketika ini.
Beliau berkata, tiga warna pada logo mempamerkan kebersamaan rakyat sebagai Keluarga Malaysia yang hidup bersatu dan aman damai sekali gus menjadi intipati untuk negara bergerak ke hadapan dan menggambarkan negara telah berkembang daripada kecil kepada (pembangunan) lebih besar.
Ia juga melambangkan bagaimana rakyat komited untuk terus maju ke dalam suasana yang mencabar, namun, masih mempunyai teknologi terkini seperti jalur lebar, wifi yang menjadi pengikat, penghubung dan asas kepada kesalinghubungan kehidupan dan ekonomi, katanya.
Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam kenyataan memaklumkan, tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Ia merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.
Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Ia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule,Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka yang kesemuanya akan bermula pada 30 Julai hingga 16 Sept.
Bagi menyemarakkan semangat patriotisme pula, program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang berkonsepkan serah baton akan diadakan bermula pada 30 Julai di Putrajaya, dengan acara pelepasan akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin (tengah) menunjukkan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selepas dilancarkan oleh Tan Sri Annuar Musa. - Gambar BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.

Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.

Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste

Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.