Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman sivil yang difailkan oleh balu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam terhadap Deepak Jaikishan.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim dengan sebulat suara membenarkan rayuan Jaikishan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan saman itu dan memerintahkan kes saman itu didengar oleh Mahkamah Tinggi.
Beliau memberi jawapan tidak kepada satu persoalan undang-undang.
Persoalan itu ialah sama ada pemfailan notis rayuan tunggal berkaitan lapan permohonan interlokutori yang berasingan dan berlainan adalah mematuhi kaedah-kaedah prosedur seperti termaktub di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1995.
Mahkamah turut disidangi oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Datuk Balia Yusof Wahi.
Pada 18 Dis, tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada A. Santamil Selvi untuk mengekalkan saman sivil terhadap Jaikishan dan untuk beliau meneruskan saman atas sifat peribadinya dan bukan bagi pihak suaminya.
Jaikishan ialah seorang daripada sembilan defendan yang disaman oleh Santamil Selvi dan anak-anaknya berhubung tuntutan bagi kerugian yang ditanggung sepanjang berada di luar negara selama 56 bulan dari 4 Julai 2008 hingga 15 Mac 2013 apabila Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung selepas kembali dari India.
Yang lain ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dua adik (Najib), Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya Sunils, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M. Arunampalam.
Pada 24 April tahun lepas, Santamil Selvi dan anak-anaknya gagal dalam usaha akhir di Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan saman sivil mereka terhadap lapan daripada mereka, yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Dalam kenyataan tuntutan, beliau berkata suaminya dipaksa menarik balik Akuan Berkanun pertama yang dibuat pada 1 Julai 2008, berkaitan fakta-fakta tertentu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Santamil Selvi dan anak-anaknya memohon ganti rugi berjumlah hingga RM840,000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah anak-anaknya dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.
Pada 4 Mei, tahun ini, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Jaikishan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai tiga persoalan undang-undang.
Bernama
Mon Aug 29 2016

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim dengan sebulat suara membenarkan rayuan Jaikishan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan. - Gambar fail

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Balu Tragedi Tanduo akan buat laporan polis siasat isu perobohan rumah
Sitti Bandorah Mahalil berkata beliau sedia dibicarakan mengikut laras undang-undang dalam usahanya mempertahankan rumah pusaka tersebut.

Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.

Veteran ATM tidak berpencen, balu turut terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen.

"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.

Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Balu Allahyarham Abam mohon maaf, wakilkan abang untuk jawab WhatsApp
Semoga semuanya selesai.

Mahkamah benarkan jaminan RM500,000 ke atas Samirah sementara menunggu perbicaraan
Samirah mesti berada di dalam rumah dari 6 petang hingga 8 pagi dan dia juga dihalang daripada berada di tempat awam serta menghadiri majlis umum, kecuali perkara berkaitan keluarga dan keagamaan.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan ikat jamin balu CEO dituduh bunuh suami
Permohonan beliau untuk dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 3 Sept ini, telah sebulat suara ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Isteri, dua remaja mengaku tidak bersalah bunuh CEO Cradle Fund
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Disaran berkahwin dengan balu anggota Seventeen, ini respon Ifan... Pedas!
Alamak! Cadangan apa tu?