KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman AS$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, yang dikatakan diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB sebelum 4 Julai.
Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Rosmah berkata timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Malarselvi Sanmugam turut mengarahkan plaintif yang terdiri daripada 11 syarikat memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan sebelum 2 Ogos.
Beliau berkata semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian hari ini, mahkamah turut menetapkan 14 Jun untuk pengurusan kes.
Selain 1MDB, tuntutan mahkamah yang difailkan pada 9 Mei juga menyenaraikan lima anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; Global Diversified Investment Company Limited; dan SRC International Sdn Bhd sebagai plaintif pertama hingga keenam.
Lima syarikat lain yang terdiri daripada Affinity Equity International Partners Limited; Alsen Chance Holdings Limited; Blackrock Commodities (Global) Limited; Blackstone Asia Real Estate Partners Limited; dan Brightstone Jewellery Limited, disenaraikan sebagai plaintif ketujuh hingga kesebelas.
Kesemua plaintif menamakan Rosmah, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan seorang wanita bernama Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.
Plaintif berhujah bahawa barangan mewah itu seperti barang kemas, jam tangan, dan beg tangan, dibeli atau diperoleh oleh Rosmah atau defendan kedua, bukan dengan dana peribadi Rosmah, sebaliknya dengan dana yang diselewengkan daripada plaintif pertama hingga keenam.
"Dana itu disalurkan melalui pelbagai entiti luar pesisir, termasuk plaintif ketujuh hingga kesebelas, sebelum diagihkan kepada 48 vendor berbeza untuk pembelian kesemua barangan mewah ini, dengan jumlah 320 pembayaran berjumlah AS$346,010,489," menurut pernyataan tuntutan.
Oleh itu antara tuntutan lain, semua syarikat menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau apa-apa jumlah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif juga memohon perintah untuk Shabnam membayar ganti rugi atau pampasan yang akan dinilai kemudian.
Plaintif turut meminta pengisytiharan, termasuk yang menegaskan bahawa plaintif pertama hingga keenam memegang pemilikan sah barangan mewah itu, yang pada masa ini dikatakan dimiliki Rosmah.
Turut diminta ialah ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Rosmah (foto) perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman AS$346 juta yang difailkan 1MDB dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta. -Gambar fail/Bernama

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.