GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang digesa mendedahkan 71 syarat yang dikenakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).
Selain itu, JAS pusat juga diminta untuk menjelaskan alasan dan sebab mengapa Laporan EIA projek tambakan laut tersebut telah diluluskan.
Setiausaha Sahabat Alam Malaysia (SAM), S Mageswari berkata, kelulusan laporan tersebut amat mengejutkan kerana projek tambakan laut itu mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak terutamanya nelayan yang terkesan.
"SAM amat terkejut dan tidak berpuas hati selepas mendapat tahu tentang Laporan EIA untuk PSI yang telah diluluskan JAS. Oleh demikian, kami menggesa agar Ketua Pengarah JAS mendedahkan atas alasan apa ia diluluskan.
"Selain itu, kami juga menuntut agar kerajaan negeri mendedahkan kesemua 71 syarat yang dikenakan JAS dalam kelulusan Laporan EIA tersebut. Rakyat perlu tahu syarat-syarat tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa Laporan EIA bagi PSI telah diluluskan oleh JAS yang mana, perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar menerusi sepucuk surat bertarikh 11 April lalu.
Kon Yeow berkata, kelulusan itu adalah berasaskan 71 syarat ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.
Dalam pada itu, Mageswari berkata, pihaknya kecewa apabila kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dilihat telah memburukkan lagi ketidakadilan alam sekitar serta sosial dengan meneruskan projek penambakan berkenaan.
"Kami kecewa kerana kerajaan baharu seolah-olah mengabaikan keselamatan makanan, integriti alam sekitar dan skala sebenar kesan negatif serta jngka panjang yang disebabkan oleh aktiviti penambakan.
"Projek penambakan 'berintensif karbon' dan 'intensif modal' ini bertentangan dengan keperluan perancangan hari ini yang memerlukan pembangunan berdaya tahan iklim," katanya.
Menurut beliau lagi, pihaknya juga tidak menyangka Laporan EIA bagi projek mega itu diluluskan selepas banyak pihak telah menyatakan kebimbangan mereka.
"Banyak pihak telah menyatakan kebimbangan dan bantahan mereka terhadap projek ini. Ia termasuk Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara), Persatuan Nelayan Kawasan Selatan Pulau Pinang (PNKSPP) serta semua unit nelayan kampung di sekitarnya.
"SAM adalah ahli Jawatankuasa Semakan Teknikal EIA (EIATRC) dan kami juga telah mengemukakan bantahan kami, sebagai sokongan kepada komuniti nelayan serta kebimbangan terhadap alam sekitar. Pihak lain yang turut membantah dan berada di dalam EIATRC termasuk Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Penyelidikan Perikanan," katanya.
Mageswari berkata, kesemua yang membantah telah menyuarakan kebimbangan mereka iaitu kerja penambakan itu akan menjejaskan sektor perikanan, mata pencarian nelayan dan keselamatan makanan kerana tapak penambakan mempunyai biodiversiti marin yang tinggi.
"Satu aspek penting yang dikecualikan semasa menilai skala impak projek ialah kesan sumber pasir dan bahan isian lain seperti batu. Projek yang dicadangkan terdiri daripada tiga pulau tebus guna dengan keluasan keseluruhan 1,821 hektar yang memerlukan bahan isian dianggarkan 207 juta meter padu.
"Jumlah isipadu batuan yang diperlukan untuk pembinaan 'revetment' sebagai perlindungan tepi pulau tebus guna ialah 4.5 juta meter padu. Gesaan kami bahawa kesan alam sekitar dalam perolehan pasir dan batu untuk projek ini mesti diambil kira sebagai kesan kumulatif aktiviti berkaitan PSR juga tidak dipertimbangkan.
"Sehubungan itu, SAM akan terus dengan pendirian kami iaitu membantah projek tambakan ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PenMutiara, Zakaria Ismail berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan JAS berhubung projek PSI itu.
"Kami akan membuat persediaan bagi mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan JAS, masih ada ruang untuk kami kemukakan rayuan berkenaan.
"Buat masa ini, kelulusan pelan pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek PSI ini masih belum diperoleh malah 71 syarat yang dikenakan bagi kelulusan EIA ini juga bukan mudah untuk dipenuhi," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023
![SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682508893_MageswaridanZakari.jpg)
Mageswari (kiri) dan Zakaria (kanan). - Gambar/ Sinar Harian
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.
![Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007308_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
![Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.
![Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007969_DzulkeflyAhmad.jpg)
Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
![SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591310336_PersatuanPenulisPe.jpg)
SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan
SAM sedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.
![Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701442506_ForumSetahunAnak.jpg)
Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat
Program bual bicara Suara Anak Madani ini akan membincangkan isu-isu semasa bersama tetamu-tetamu jemputan yang berlatarbelakangkan dunia politik dan pentadbiran kerajaan.
![SAM terima suntikan geran RM100,000 daripada KBS SAM terima suntikan geran RM100,000 daripada KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693325660_HannahYeohMenteri.jpg)
SAM terima suntikan geran RM100,000 daripada KBS
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini menerima suntikan geran sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
![Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022 Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693325297_HannahYeoh.jpg)
Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022
Mike dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
![Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022 Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693126041_TBTOKOHKEPIMPINANSUK.jpg)
Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan.
![Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022 Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684773911_TBHakimDanish.jpg)
Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysiamemilih pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022.
![SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682508893_MageswaridanZakari.jpg)
SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS
JAS pusat juga diminta untuk menjelaskan alasan dan sebab mengapa Laporan EIA projek tambakan laut tersebut telah diluluskan.
![Tanah runtuh Batang Kali: Tubuh suruhanjaya untuk siasatan menyeluruh - SAM Tanah runtuh Batang Kali: Tubuh suruhanjaya untuk siasatan menyeluruh - SAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588892261_MeenakshiRaman.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Tubuh suruhanjaya untuk siasatan menyeluruh - SAM
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father'
![Banjir Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan - SAM Banjir Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan - SAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657026760_TBBALING.jpg)
Banjir Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan - SAM
Kerajaan negeri Kelantan perlu mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling dan Gunung Jerai baru-baru ini, menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM).
![Projek lombong nadir bumi lantanid jejas habitat semula jadi haiwan, alam sekitar - SAM Projek lombong nadir bumi lantanid jejas habitat semula jadi haiwan, alam sekitar - SAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655215887_NadirbumiPerak.jpg)
Projek lombong nadir bumi lantanid jejas habitat semula jadi haiwan, alam sekitar - SAM
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak.