Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan beliau telah memohon untuk menyertai semula UMNO.
Beliau berkata, permohonan itu dibuat pada 26 Mei lalu melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, beliau membuat keputusan itu setelah merenung kembali keputusannya sebelum ini termasuk keluar daripada UMNO secara 'en-bloc' pada 12 Dis 2018 yang kini dianggapnya sebagai satu kekhilafan.
"Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk menimbang permohonan tersebut.
"Saya berhasrat untuk menyumbang sepenuh usaha dan tenaga saya bersama UMNO dalam meneruskan agenda perjuangan membina negara Malaysia yang tercinta," kata Salleh dalam catatan terbaharu blog beliau sallehsaid.com.
BACA: Salleh mohon sertai semula UMNO - Bung Moktar
Semalam, Bung Moktar memaklumkan pihaknya sudah menerima surat permohonan Salleh untuk menyertai semula UMNO, dan permohonan itu sedang dipertimbang dan diperhalusi untuk kelulusan.
Terdahulu, Salleh memaklumkan beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.
Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti pada Disember 2018. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Salleh sifatkan keputusannya keluar daripada UMNO pada Disember 2018 sebagai satu kekhilafan. - Gambar fail
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Warisan teruskan perjuangan VK Liew bantu rakyat di Batu Sapi - Shafie Apdal
Warisan bertekad meneruskan pejuangan mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong, yang juga Pengerusi Tetap parti itu, dalam membela nasib rakyat di kawasan tersebut.
Salleh sahkan mohon sertai semula UMNO
Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan beliau telah memohon untuk menyertai semula UMNO.
Kemelut dua Ketua Menteri Sabah 'berakhir'
Kemelut pentadbiran negeri Sabah yang berlarutan selama enam bulan akhirnya terjawab selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kesemua saman Tan Sri Musa Aman yang menuntut jawatan itu.
Musa Aman pulang dalam masa terdekat - KPN
PDRM mengesahkan Tan Sri Musa Aman yang berada di luar negara dijangka akan pulang ke negara dalam masa terdekat.