Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang berada di luar negara dijangka akan pulang ke negara dalam masa terdekat.
Hal itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
"Kita jangka dalam masa terdekat dia (Musa) akan pulang. Saya tidak boleh kata pulang hari ini, tidak boleh kata esok. Tapi dalam masa terdekat.
"Berkenaan dakwaan itu, itu hanya viral sahaja. Kita tak tahu bila dia akan pulang," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Gotong-rotong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat PDRM, di Bukit Aman, pada Isnin.
Mohamad Fuzi menjelaskan, beliau berharap Musa akan pulang segera dengan sukarela bagi pihaknya melengkapkan kertas siasatan.
Terdahulu, tular bahawa Musa Aman yang bersembunyi atas alasan mendapatkan rawatan kesihatan di United Kingdom difahamkan akan dibawa balik ke Malaysia, hari ini.
Berdasarkan kenyataan itu lagi, Musa Aman akan mendarat di Singapura terlebih dahulu sebelum dibawa pulang ke Malaysia sama ada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Musa dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, beliau berada di Britain atas sebab perubatan dan urusan peribadi, sekali gus menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi pelarian selepas laporan intimidasi jenayah terhadapnya oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Musa mengesahkan beliau meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei
Pada 11 Julai lalu, Mohamad Fuzi turut mengesahkan Musa kini diletakkan dalam senarai individu yang dikehendaki.
Sinar Harian
Mon Aug 20 2018

Mohamad Fuzi berharap Musa akan pulang segera dengan sukarela bagi pihaknya melengkapkan kertas siasatan. -Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Warisan teruskan perjuangan VK Liew bantu rakyat di Batu Sapi - Shafie Apdal
Warisan bertekad meneruskan pejuangan mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong, yang juga Pengerusi Tetap parti itu, dalam membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

Salleh sahkan mohon sertai semula UMNO
Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan beliau telah memohon untuk menyertai semula UMNO.

Kemelut dua Ketua Menteri Sabah 'berakhir'
Kemelut pentadbiran negeri Sabah yang berlarutan selama enam bulan akhirnya terjawab selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kesemua saman Tan Sri Musa Aman yang menuntut jawatan itu.

Musa Aman pulang dalam masa terdekat - KPN
PDRM mengesahkan Tan Sri Musa Aman yang berada di luar negara dijangka akan pulang ke negara dalam masa terdekat.