Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak membidas pembangkang yang cuba meraih simpati politik dengan menuduh kononnya Malaysia sedang menuju kebankrapan.
Beliau menegaskan kempen Pakatan Rakyat memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah retorik politik semata-mata dan kononnya Najib perlu digulingkan demi menyelamatkan Malaysia adalah sesuatu yang tidak berasas.
"Semua kempen pembangkang ini adalah retorik politik semata-mata dan retorik tidak disokong oleh data. Malah jika diamati statistik sebenar, anda akan dapati bahawa apa yang berlaku adalah sebaliknya daripada apa yang diberitahu oleh pembangkang kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada jamuan tengah hari di Rumah Rehat di sini hari ini.
Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menegaskan semua negara mempunyai hutang, waima negara yang paling kaya di dunia sekalipun.
Bagaimanapun, katanya, apa yang lebih penting adalah nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, dan nisbah tersebut bagi Malaysia adalah lebih rendah berbanding Singapura.
"Eksport Malaysia kian meningkat sejak 2009 malahan kini masih lebih tinggi daripada import.
Sementara itu, hutang luar negara pula adalah separuh daripada nilainya jika dibandingkan sepuluh tahun yang lalu," katanya.
Beliau berkata pada realitinya banyak negara telah mengalami penurunan dari segi eksport kerana nilai mata wang mereka terlalu tinggi.
Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud berkata terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak memahami bagaimana ekonomi berfungsi lantas mereka percaya dengan propaganda pembangkang.
Bernama
Mon Feb 17 2014
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS

Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Salleh bidas pembangkang dakwa konon Malaysia akan muflis
Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak bidas pembangkang yang cuba menuduh kononnya Malaysia sedang menuju kebankrapan.