Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub, yang baru sahaja dinamakan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merupakan anak jati Kampung Serkat, Pontian.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang baru selesai, Salahuddin menumbangkan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan penyandang kerusi parlimen Pulai dengan majoriti 28,924 undi.
Salahuddin, 56, memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, di Pontian, seterusnya Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Sekolah Menengah Sri Perhentian, Sekolah Agama Kerajaan Johor dan kemudiannya menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datuk Penggawa Barat pada 1980.
Salahuddin kemudiannya melanjutkan pelajaran di TAR College dalam Diploma Pengurusan Perniagaan selama setahun dan kemudian memperolehi Ijazah Sains dan Pembangunan Kemanusiaan dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau yang mendirikan rumahtangga dengan Fatimah Taha dan mempunyai enam orang cahaya mata, mula menjinakkan diri dalam politik apabila menyertai Pas pada 1983 dan memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah dan pusat, antaranya Ketua Pemuda Pas dan Naib Presiden Pas.
BACA: PM umum 9 lagi menteri Kabinet, Azmin, Maszlee Malik antara tersenarai
BACA: Salahuddin Ayub janji beri khidmat terbaik
Bekas anggota Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu juga pernah mencuba nasib bertanding pada PRU13 atas tiket Pas di kerusi DUN Nusajaya dan kerusi parlimen Pulai tetapi tewas kedua-duanya.
Bagaimanapun, Salahuddin menyertai Parti Amanah Negara pada 31 Ogos 2015 menyebabkan keanggotaannya dalam Pas gugur secara automatik akibat konflik dalaman antara ahli-ahli Pas pada ketika itu.
Jawatan lain yang pernah dipegang termasuk dilantik dalam Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pernah beberapa kali mengetuai misi kemanusiaan ke Afghanistan, Vietnam, Iraq dan Lubnan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 18 2018

Salahuddin menyertai Parti Amanah Negara pada 31 Ogos 2015 menyebabkan keanggotaannya dalam Pas gugur secara automatik akibat konflik dalaman antara ahli-ahli Pas pada ketika itu. - fotoBERNAMA / Fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Salahuddin: Dari Kampung Serkat ke Putrajaya
Pada PRU14, Salahuddin menumbangkan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan penyandang kerusi parlimen Pulai dengan majoriti 28,924 undi.