PONTIAN: Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.
Mengimbas kenangan bersama Timbalan Presiden Amanah itu, beliau berkata, mereka berdua sebelum itu telah bersama membawa dan membina perjuangan Islam di bumi Johor seawal 1983.
"Terlalu banyak saat gembira dan duka kita hadapi bersama untuk memperkenalkan Pas dalam masyarakat Melayu UMNO di bumi kelahiran UMNO.
"Tetapi akhirnya kita bersama-sama keluar meninggalkan Pas lalu menubuhkan Parti Amanah Negara bermula di Markas Pas Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau yang menyifatkan Salahuddin sebagai pemimpin yang menyerlah bakat kepimpinannya berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), anak kelahiran Tanjung Piai itu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan.
"Selepas PRU15 buat kali kedua, dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang memikul tanggungjawab sangat besar kerana kementerian ini menjaga keperluan barang-barang asas untuk kehidupan rakyat khasnya B40.
"Salahuddin telah berusaha dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh melihat, meninjau dan menyelidik ke seluruh negara untuk memastikan barang-barang keperluan ini dapat dirasai oleh rakyat dengan harga yang berpatutan," katanya.
Memanggil Allahyarham dengan nama mesra "Din", Aminolhuda yakin ramai daripada kalangan rakyat mendoakan pemergian Ahli Parlimen Pulai itu dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
"Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT, diterima pengakhirannya sebagai Husnul Khatimah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Solehin," katanya.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Anak sebak cabut plat nama Allahyarham Salahuddin di Parlimen
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia dan sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua, kerusi ini adalah milik rakyat."
Belasungkawa: 'Rahmah adalah Salahuddin, Salahuddin adalah Rahmah' - Prof Siva
Susur galur dan pengalaman Allahyarham dalam bidang politik juga memberi paparan bahawa beliau seorang pemimpin yang mengetahui apa yang berlaku di peringkat bawah.
Sibuk mana sekalipun, Salahuddin akan balik kampung jumpa ibu - Adik
Menjadi rutin Allahyarham Salahuddin pulang ke kampung setiap dua minggu sekali bagi menyantuni ibunya, Aminah Abdullah yang berusia 83 tahun.
"Saya bersyukur mempunyai sahabat seperti Salahuddin" - Hannah Yeoh
"Melalui Salahuddin, saya merasai kebaikan dan ketentuan Tuhan. Salahuddin memahami cinta dan keyakinan saya kepada Yang Maha Esa."
Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.
Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai
Jenazah Allahyarham tiba di rumah ibunya Aminah Abdullah, pukul 3.35 pagi.
Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah bermula di Johor - Aminolhuda
Pengerusi Amanah Johor kongsi pengalaman suka dan duka bersama Allahyarham Salahuddin Ayub.
Allahyarham Salahuddin seorang budiman, dihormati kawan dan lawan - Sanusi
Menteri Besar Kedah kenang pengalaman bersahabat dengan Allahyarham Salahuddin sejak tahun 1997.
Jenazah Salahuddin tiba di kampung halaman
Allahyarham Salahuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai, Pontian, pagi ini.