ALOR SETAR: Sifat budiman yang dimiliki Datuk Seri Salahuddin Ayub menjadikan Allahyarham seorang pemimpin yang sentiasa disenangi banyak pihak, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri Besar Kedah itu mengakui, sekalipun antara beliau dan Allahyarham Salahuddin berbeza ideologi politik selepas penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) pada 2015, itu bukan halangan buat mereka untuk menjalin hubungan yang sangat rapat.
"Saya ucapkan takziah kepada isteri dan anak-anak beliau, keluarga beliau dan para ahli parti Amanah,
"(Pemergian Salahuddin merupakan satu) kehilangan seseorang yang sangat (budiman), (itu bukti persahabatan) bagi saya, sebab saya kawan dengan dia lama,
"Beliau (juga) pernah tidur di rumah saya (di Sik) beberapa kali, beliau adalah seorang yang budiman, (sebab) daripada tahun 1997 (kami mula) berkawan," kata Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui media di Lobi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum itu meluangkan masa sekitar 30 minit bagi menziarahi Salahuddin yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kedah itu juga turut menganggap Salahuddin sebagai seorang sahabat yang sentiasa memahami memandangkan kedua-dua mereka datang dari latar belakang keluarga yang sama.
Pelbagai kenangan turut dikongsi Muhmmad Sanusi termasuk pengalaman berjalan kaki dan menaiki bas bersama-bersama untuk ke Markas Pas di Taman Melewar, Gombak.
Allahyarham Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada pukul 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Beliau yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang cahaya mata.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jul 23 2023
Sifat budiman yang dimiliki Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) menjadikan Allahyarham seorang pemimpin yang sentiasa disenangi banyak pihak, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Anak sebak cabut plat nama Allahyarham Salahuddin di Parlimen
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia dan sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua, kerusi ini adalah milik rakyat."
Belasungkawa: 'Rahmah adalah Salahuddin, Salahuddin adalah Rahmah' - Prof Siva
Susur galur dan pengalaman Allahyarham dalam bidang politik juga memberi paparan bahawa beliau seorang pemimpin yang mengetahui apa yang berlaku di peringkat bawah.
Sibuk mana sekalipun, Salahuddin akan balik kampung jumpa ibu - Adik
Menjadi rutin Allahyarham Salahuddin pulang ke kampung setiap dua minggu sekali bagi menyantuni ibunya, Aminah Abdullah yang berusia 83 tahun.
"Saya bersyukur mempunyai sahabat seperti Salahuddin" - Hannah Yeoh
"Melalui Salahuddin, saya merasai kebaikan dan ketentuan Tuhan. Salahuddin memahami cinta dan keyakinan saya kepada Yang Maha Esa."
Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.
Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai
Jenazah Allahyarham tiba di rumah ibunya Aminah Abdullah, pukul 3.35 pagi.
Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah bermula di Johor - Aminolhuda
Pengerusi Amanah Johor kongsi pengalaman suka dan duka bersama Allahyarham Salahuddin Ayub.
Allahyarham Salahuddin seorang budiman, dihormati kawan dan lawan - Sanusi
Menteri Besar Kedah kenang pengalaman bersahabat dengan Allahyarham Salahuddin sejak tahun 1997.
Jenazah Salahuddin tiba di kampung halaman
Allahyarham Salahuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai, Pontian, pagi ini.