Perbuatan sepasang suami isteri menggunakan akaun aplikasi WeChat untuk aktiviti persundalan memakan diri apabila bakal berdepan penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, pada Selasa.
Muhammad Saruddin Basri, 23 dan Noor Shahfizan Shamsuddin,24, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Razali Ariffin selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Razali bagaimanapun menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh hukuman.
Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu tarikh tersebut.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu mengaku secara sedar telah menggunakan aplikasi tersebut atas akaun Mirra untuk memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial.
Kesalahan itu dilakukan mereka di Flat Cempaka, Persiaran Bukit Raja, jam 3 petang pada 4 Disember lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga setahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah menegaskan, pihaknya tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh tidak mempunyai alamat tetap yang menyukarkan usaha mengesan mereka.
Mahkamah menetapkan hukuman tarikh lain sementara menunggu laporan forensik terhadap telefon bimbit tertuduh.
Muhammad Saruddin akan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh manakala Shahfizan di Penjara Kajang sementara menanti tarikh hukuman mereka.
Astro Awani
Tue Jun 25 2019
Muhammad Saruddin Basri dan Noor Shahfizan Shamsuddin mengaku secara sedar menggunakan aplikasi WeChat atas akaun Mirra untuk memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Wanita dikaitkan dengan warga Israel didakwa miliki senjata
Seorang wanita yang dikaitkan seorang warga Israel, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki pistol jenama LUGER, hujung bulan lalu.
Pak cik liwat anak saudara dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan setelah didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya.
Salah guna WeChat untuk aktiviti persundalan, suami isteri dipenjara
Sepasang suami isteri menggunakan WeChat untuk aktiviti persundalan memakan diri apabila bakal berdepan penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM50,000.
Datuk cabul cucu dijel 30 tahun, 10 sebatan
Warga emas itu didapati bersalah dengan sengaja menyentuh secara seksual dengan menindih mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Sekinchan.