KUALA LUMPUR: Kesesakan orang ramai di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini berpunca daripada salah faham dan berita kononnya premis itu menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara.
Pengambilan vaksin secara tanpa janji temu untuk warga asing sebenarnya adalah di pusat pemberian vaksin (PPV) Bukit Jalil dan bukan di Rumah Prihatin @ Grand Season.
Menurut kenyataan Pengurusan Rumah Prihatin @ Grand Seasons, pihaknya hanya menerima vaksinasi tanpa janji temu untuk warganegara Malaysia, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kurang upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan.
"Pada peringkat awal, kami mengambil tindakan bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Bagaimanapun, keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan polis dan DBKL.
"Program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan pihak lain. Kami kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa, bagi memastikan kejadian ini tidak berulang," menurut kenyataan itu.
Hari ini satu video berdurasi tujuh minit 15 saat, yang menunjukkan suasana kesesakan dengan tiada penjarakan fizikal di luar perkarangan premis tersebut, tular di laman sosial sekali gus mengundang kegusaran dalam kalangan warga maya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengambil tindakan segera mengawal keadaan di PPV itu selepas tular video mengenai kesesakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), di kawasan itu.
"Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat berkenaan, sehingga program vaksinasi selesai," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP), supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021

Pengambilan vaksin secara tanpa janji temu untuk warga asing sebenarnya adalah di PPV Bukit Jalil dan bukan di Rumah Prihatin @ Grand Seasons. - Foto Wilayahku
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.

PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.

Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.

PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.