KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid sekali gus melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.
Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka Datuk Rais Yasin berkata usaha itu juga dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa sekali gus memastikan sebanyak 44,800 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri dapat divaksin dalam tempoh yang singkat.
Beliau berkata dalam memastikan keseluruhan 98,600 kanak-kanak berumur lingkungan 5 hingga 11 tahun di negeri itu menerima vaksin, kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat penting.
"Oleh itu, saya amat sokong kalau buat di sekolah. Dengan pematuhan segala prosedur operasi standard (SOP), kerjasama antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Negeri, saya yakin ibu bapa akan lebih yakin.
"Saya juga optimis 80 peratus pemberian vaksin kepada semua kanak-kanak di negeri ini dapat diberikan dalam masa terdekat dengan pelaksanaan PICKids di sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Digital Mahir Tutor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abd Malek hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan sebanyak 1,055 sekolah telah dikenal pasti untuk dijadikan PPV bagi program itu yang beroperasi selewat-lewatnya Isnin depan.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin pula berkata kerajaan negeri serta Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) berdepan cabaran meyakinkan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.
Beliau berkata justeru, pihaknya akan mengadakan sesi libat urus secara dalam talian bersama dengan pentadbir kesihatan, Jabatan Pendidikan Negeri, JKNPP dan 200 PIBG sekolah rendah di seluruh negeri pada 3 petang 18 Feb ini untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa mengenai vaksinasi itu.
Katanya setakat semalam, sebanyak 530 kanak-kanak berumur lingkungan 5 hingga 11 tahun di negeri itu telah menerima vaksin COVID-19 manakala 40,000 daripada 160,000 kanak-kanak dalam usia sama didaftarkan untuk PICKids di Pulau Pinang yang bermula Isnin lepas.
Selain itu, sebanyak 97,975 atau 2.7 peratus populasi kanak-kanak berumur lingkungan 5 hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids yang dilancarkan pada 3 Feb lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.
Kementerian Kesihatan menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan ini dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan menerusi pelaksanaan PICKids.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Hari pertama sekolah, reaksi ibu bapa hantar anak masuk kelas curi tumpuan
Seawal pukul 6.45 pagi, kehadiran maskot BSN mencuri perhatian ramai apabila muncul menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.

Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.

BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.