KUALA LUMPUR: Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi mereka menerima vaksin bagi mendapatkan bantuan lanjut.
Ketua data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Dr Mahesh Appannan berkata individu yang sudah menerima dos penggalak tetapi paparan Mysejahteranya menunjukkan sebaliknya boleh diselesaikan.
"Sebenarnya kalau kita sudah dapat data tersebut, kita akan uruskan secepat mungkin. Itu yang saya sarankan kalau boleh semua yang tiada maklumat booster (penggalak) dalam telefon mereka, mereka boleh pergi ke bahagian Helpdesk (MySejahtera) dan isi 'option M'.
"Dalam masa lima hari, akan ada (bantuan Helpdesk) tetapi ini tertakluk kepada maklumat yang mereka isi kerana ini merupakan sistem blockchain, kalau maklumat disalurkan tidak tepat memang tidak akan diproses," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata maklumat vaksinasi individu di aplikasi MySejahtera akan dikemas kini secara automatik setelah maklumat individu itu dimuat naik secara lengkap oleh pekerja di klinik atau pusat pemberian vaksin (PPV).
Menurutnya, perkhidmatan vaksinasi secara jumpa terus dan janji temu dos penggalak COVID-19 juga masih mengikut konsep yang sama iaitu individu perlu mengimbas maklumat di kaunter sebelum proses vaksinasi berlaku bagi mendapatkan sijil vaksinasi digital lengkap dalam aplikasi MySejahtera.
Dr Mahesh berkata dos penggalak diperoleh secara berbayar di klinik tertentu tidak termasuk di bawah pengawasan MySejehtera.
Beliau berkata maklumat akan dikemas kini lewat sedikit dalam MySejahtera setelah mendapat maklumat daripada pihak tersebut.
"Sekarang ramai yang dapat booster secara berbayar jadi mereka menggunakan sistem lain, tidak terus masuk dalam Mysejahtera. Buat masa sekarang, klinik-klinik berkenaan haruslah menggunakan program sistem vaksin kebangsaan COVID-19 iaitu Malaysian Vaccine Administration System (MyVAS).
"Pengurusan (klinik) akan kumpul dahulu data baru akan beri kepada pihak Mysejahtera untuk kita memuat naik dalam sistem (Mysejahtera). Kalau mereka tidak menggunakan sistem itu memang tidak keluar sijil mereka di Mysejahtera," katanya.
DOS PENGGALAK - MASALAH 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Semalam, media tempatan melaporkan mengenai pengguna yang terkejut apabila butiran dos penggalak mereka hilang daripada sijil vaksinasi digital Mysejahtera. Ada juga yang menerima janji temu suntikan penggalak sekali lagi walaupun telah menerima suntikan itu.
Seorang pengguna akaun Twitter 'Armzaniza' dalam ciapannya memaklumkan bahawa beliau telah mendapat dos penggalak sebulan lepas namun masih belum menerima sijil dos itu walaupunpelbagai usaha bagi menyelesaikan isu berkenaan telah dilakukan.
"Sudah sebulan tidak menerima sijil dos penggalak. Sudah e-mel, sudah pelbagai cara tapi no respond," katanya.
Sementara itu, Tracy Abdul Gapar, 40, berkata dia mendapat janji temu dos pengalak COVID-19 dan telah mendapatkan suntikan dos itu pada 21 Jan lepas.
Bagaimanapun, katanya, maklumat mengenai suntikan dos itu belum dikemas kini dalam MySejahtera sehingga ke hari ini sebaliknya yang berlaku dia diberi janji temu kedua dalam aplikasi itu semalam.
"Saya sudah buat aduan di Helpdesk namun sehingga kini masih belum ada respons daripada pihak Mysejahtera. Saya belum menolak untuk temu janji kali kedua untuk dijadikan bukti yang saya ada menerima (janji temu kedua)," katanya.
Beliau juga risau pergerakannya akan terhad kerana ketiadaan sijil digital dos penggalak berkenaan meskipun dia sudah mengambil dos itu namun maklumat itu belum dikemas kini di aplikasi MySejahtera.
Sebelum ini dilaporkan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi peringatan agar semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Maklumat vaksinasi individu di aplikasi MySejahtera akan dikemas kini secara automatik setelah maklumat individu itu dimuat naik secara lengkap. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV
KKM sedang meneliti trend tempahan janji temu slot vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan meningkatkan jumlah slot di pusat yang mempunyai permintaan vaksinasi tinggi.

COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara
Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.

Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy
Ia seiring usaha mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi
Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak.

MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.

Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok
Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula esok.