KUALA BERANG: Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.
Beliau berkata, kerajaan sedia memberi bimbingan dan kaunseling kepada Muhammad Sajjad selepas pihak berkuasa selesai mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik itu.
“Insya-Allah kalau dia sudi datang kepada kita, kalau dia sudah mengaku salah dan sebagainya, kalau dia nak balik kepada fitrah, tidak ada masalah.
“Kita bukan nak menghukum, kita lebih kepada pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Musa’adah FoodBank YaPEIM kepada 174 pekerja rumah bot di Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir pada Ahad.
Idris berkata, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menarik golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan termasuk melalui program dakwah di jalanan.
Media sebelum ini melaporkan polis dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad daripada pihak berkuasa Thailand.
Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan di Mahkamah Ampang, Selangor.
Bernama
Sun Sep 26 2021

Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sajat dikehendaki polis kes penipuan maklumat kad pengenalan
Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.

Apa nasib 'anak angkat' Sajat? Ini penjelasan peguam...
Mungkin ramai yang hanya menumpukan isu Muhammad Sajjad melarikan diri keluar negara sahaja tanpa sedar semasa di Malaysia beliau juga memelihara beberapa orang kanak-kanak.

Isu LGBT: Kerajaan perlu atasi dengan berhemah, elak kekerasan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam mengatasi isu LGBT di negara ini berbanding terus menghukum golongan berkenaan.

Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana
Sajat kini masih tinggal di hotel dan bakal berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.

Sajat masih menyorok di Thailand - Polis
Polis masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.

'Sajat, peluang untuk kamu bertaubat sentiasa terbuka' - Idris
Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Idris Ahmad.

Parlimen: 'Sajat sudah ditahan, Jho Low bila lagi?' Soal RSN Rayer
Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Thailand baru-baru ini menjadi analogi kepada kes ahli perniagaan, Jho Low dalam Dewan Rakyat hari ini.

Thailand belum buat keputusan mengenai Nur Sajat
Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.

Bukit Aman siasat siapa dalang bantu Sajat lolos hingga ke Thailand
Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 April 2021.