SOALAN (S): Bagaimanakah kedudukan kanak-kanak yang dipelihara oleh Muhammad Sajjad Kamaruzzaman (Sajat) setelah dia melarikan diri ke Australia?
JAWAPAN(J): Mungkin ramai yang hanya menumpukan isu Muhammad Sajjad melarikan diri keluar negara sahaja tanpa sedar semasa di Malaysia dia juga memelihara beberapa orang kanak-kanak yang dipanggilnya 'anak-anak'. Isu kanak-kanak tersebut perlu juga diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut.
Sebenarnya kita tidak tahu apakah kanak-kanak tersebut telah diambil oleh Muhammad Sajjad melalui Akta Pengangkatan 1952 ataupun tidak. Jika ia dilakukan melalui akta tersebut sudah pasti ada terma dan syarat dalam perintah yang diputuskan oleh mahkamah. Terma dan syarat tersebut perlu dipatuhi. Kesan daripada perintah pengangkatan tersebut, semua obligasi hak dan tanggungjawab ke atas kanak-kanak tersebut berpindah kepada ibu bapa angkat tersebut di mana kebajikan kanak-kanak tersebut adalah faktor yang paling utama.
Jika Muhammmad Sajjad tidak mempunyai sebarang perintah pengangkatan, dia tidak mempunyai hak untuk memelihara kanak-kanak tersebut mengikut undang-undang.
S: Bolehkah kanak-kanak tersebut ditinggalkan begitu sahaja seperti itu?
J: Dalam isu mengenai jagaan kanak-kanak, kebajikan kanak-kanak itu adalah perkara yang paling penting sekali. Jika kanak-kanak ditinggalkan oleh mana-mana ibu bapa, pasti kebajikan tersebut terhakis dan hal yang demikian tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak tersebut. Memberikan dana kewangan dan tempat tinggal sahaja tidak mencukupi kerana layanan kasih saya ibu bapa juga sangat penting.
Apatah lagi dalam keadaan yang dilaporkan beberapa aset Muhammad Sajjad sudahpun dilelong oleh pihak tertentu. Hal ini boleh menggambarkan tiada jaminan untuk nafkah kanak-kanak tersebut ditiggalkan untuk mereka.
BACA: Sajat sah ke Australia enggan pulang ke Malaysia
BACA: Mahkamah arah aset Sajat disita, dilelong
S: Jadi apa yang seharusnya berlaku?
J: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memainkan peranan aktif dalam perkara ini. Mereka perlu menyiasat status kanak-kanak tersebut samada ada perintah pengangkatan ataupun tidak. Mereka juga perlu membuat penilaian tentang kebajikan kanak-kanak tersebut setelah ditinggalkan Muhammad Sajjad. Jika kebajikan tersebut dihakis, JKM perlu bertindak tegas dan pantas bagi mengelakkan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut.
Begitu juga majlis agama Islam yang berkenaan perlu juga memainkan peranan kerana kanak-kanak tersebut adalah kanak-kanak Islam. Terdapat peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang menyatakan demi kebajikan kanak-kanak tersebut, mereka boleh diletakkan di dalam jagaan mana-mana orang atau badan yang sesuai. Dalam konteks ini suatu perintah dari mahkamah syariah perlu diperolehi terlebih dahulu.
S: Kenapa Muhammad Sajjad tidak membawa kanak-kanak tersebut bersama?
J: Soalan ini perlu dijawab sendiri oleh Muhammad Sajjad. Namun isu perundangan yang dihadapi adalah isu beliau sahaja. Ia tidak melibatkan kanak-kanak dalam jagaan beliau. Kanak-kanak tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang ada demi masa depan mereka. Tidak adil kanak-kanak tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan daripada JKM ataupun majlis agama Islam negeri.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar merupakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Wed Dec 29 2021
Ramai dikatakan kurang sedar Muhammad Sajjad sebelum ini memelihara beberapa orang kanak-kanak. - Foto fail/BERNAMA
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Sajat dikehendaki polis kes penipuan maklumat kad pengenalan
Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.
Apa nasib 'anak angkat' Sajat? Ini penjelasan peguam...
Mungkin ramai yang hanya menumpukan isu Muhammad Sajjad melarikan diri keluar negara sahaja tanpa sedar semasa di Malaysia beliau juga memelihara beberapa orang kanak-kanak.
Isu LGBT: Kerajaan perlu atasi dengan berhemah, elak kekerasan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam mengatasi isu LGBT di negara ini berbanding terus menghukum golongan berkenaan.
Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana
Sajat kini masih tinggal di hotel dan bakal berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.
Sajat masih menyorok di Thailand - Polis
Polis masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.
'Sajat, peluang untuk kamu bertaubat sentiasa terbuka' - Idris
Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Idris Ahmad.
Parlimen: 'Sajat sudah ditahan, Jho Low bila lagi?' Soal RSN Rayer
Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Thailand baru-baru ini menjadi analogi kepada kes ahli perniagaan, Jho Low dalam Dewan Rakyat hari ini.
Thailand belum buat keputusan mengenai Nur Sajat
Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.
Bukit Aman siasat siapa dalang bantu Sajat lolos hingga ke Thailand
Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 April 2021.