Saintis Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom, Dr Serena Nik-Zainal telah dianugerahkan Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner 2019 atas kejayaannya menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.
Hadiah yang turut dikenali sebagai 'Hadiah Nobel untuk Kajian Kanser' itu bakal dianugerahkan kepada Dr Serena secara bersama dengan rakan penyelidikan beliau, Dr Paul Calleja dan Dr Ignacio Medina dari University of Cambridge, di University of Bern di Switzerland esok (Jumaat).
Menurut Jabatan Genetik Perubatan University of Cambridge, Dr Serena juga dijadual untuk membentangkan kajiannya ketika majlis penganugerahan nanti.
Kejayaan beliau turut dikongsi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Instagramnya.
Kajian bertajuk “Accelerating holistic cancer genome interpretation towards the clinic” mendapat perhatian juri memandangkan kajian itu berjaya menganalisis mutasi dalam tumor kanser menggunakan kaedah bioinformatik yang membolehkan pendekatan baru untuk terapi yang disasarkan.
Dr Serena merupakan graduan perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, University of Cambridge di bawah tajaan Petronas.
Selepas itu, beliau menyambung pelajaran di Wellcome Sanger Institute (WSI) pada 2009 untuk meneroka kajian kanser payu dara menggunakan whole genome sequencing (WGS).
Beliau kemudiannya dianugerahkan CRUK Advanced Clinician Scientist Fellowship pada 2017 sebelum berpindah ke University of Cambridge.
Di universiti, kepakaran Dr Serena membolehkannya untuk mempercepat penterjemahan genom yang membolehkan beliau melanjutkan kajiannya ke mekanisme fisiologi yang menyokong mutagenesis.
Astro Awani
Thu Oct 17 2019
![Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571327114_ProfDrSerenaNikZ.jpg)
Dr Serena juga dijadual untuk membentangkan kajiannya ketika majlis penganugerahan nanti. - Foto: Instagram/@Maszlee Malik
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728572834_TBHanKang.jpg)
Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian.
![John Goodenough, pemenang Hadiah Nobel tertua meninggal dunia John Goodenough, pemenang Hadiah Nobel tertua meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687815872_JohnBGoodenough.jpg)
John Goodenough, pemenang Hadiah Nobel tertua meninggal dunia
Menurut Universiti Texas, di mana beliau bekerja sebagai profesor kejuruteraan, mendiang meninggal dunia pada Ahad.
![Remaja penyelamat dunia tolak hadiah hampir suku juta Remaja penyelamat dunia tolak hadiah hampir suku juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572446835_Thunberg.jpg)
Remaja penyelamat dunia tolak hadiah hampir suku juta
Greta Thunberg tolak anugerah alam sekitar yang membawa habuan hampir suku juta ringgit.
![Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571327114_ProfDrSerenaNikZ.jpg)
Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser
Dr Serena merupakan graduan perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, University of Cambridge di bawah tajaan Petronas.
![Pakar biologi Jepun Yoshinori Ohsumi menang Anugerah Nobel Perubatan Pakar biologi Jepun Yoshinori Ohsumi menang Anugerah Nobel Perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475498609_YoshinoriOhsumi.jpg)
Pakar biologi Jepun Yoshinori Ohsumi menang Anugerah Nobel Perubatan
Berikutan kajiannya mengenai autophagy iaitu kajian mengenai cara tubuh manusia memecahkan dan mengitar semula sel tubuh.