PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, untuk mempertimbangkan cadangan mengadakan semula sidang media secara berkala kepada pihak media.
Saifuddin Nasution berkata beliau menerima banyak maklum balas daripada rakan-rakan media mengenai ketiadaan sidang media berkala, sehingga menyukarkan mereka mendapatkan perkembangan terbaharu berkenaan sesuatu kes yang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya telah berbincang dan mendengar pandangan daripada PDRM, ada logiknya serta terdapat kemunasabahan untuk mengadakan sesi sidang media semula.
"Saya beri dia (Ketua Polis Negara) peluang untuk mempertimbangkan cadang itu dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas program sesi libat urus media bersama Menteri Dalam Negeri pada Rabu.
Saifuddin berkata melalui cara itu, beliau berharap ia dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan media sebagai rakan strategik agensi itu.
Mengulas mengenai penggunaan kamera badan kepada anggota polis, Saifuddin Nasution berkata KDN mempunyai peruntukan dan bahagian perolehan sedang memuktamadkan spesifikasinya.
"Apabila penggunaan kamera badan dilaksanakan, anggota polis akan mengguna pakai gajet berkenaan.
"Saya percaya penggunaan kamera badan akan meningkatkan integriti PDRM, (membantu) mengumpul bukti dan sebagai peringatan kepada mereka (anggota), bahawa mereka diawasi," katanya.
Mengenai isu pakaian orang awam ketika datang ke pejabat atau balai polis, Saifuddin Nasution berkata perkara berkenaan telah selesai dan tiada isu berbangkit.
"Saya tidak bersetuju dengan tindakan anggota polis yang menghalang orang awam membuat laporan polis dan pada masa sama masyarakat awam perlu ada elemen kesopanan ketika berurusan rasmi dengan PDRM.
Pada Januari lepas, seorang wanita berang selepas tidak dibenarkan memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, berikutan tidak berpakaian sopan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Saifuddin Nasution meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, untuk mempertimbangkan cadangan mengadakan semula sidang media secara berkala kepada pihak media. -Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KDN perkemas kaedah pendaftaran pelarian - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkemas kaedah pendaftaran pelarian di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Jabatan Penjara perkasa program, sistem bagi tangani kesesakan
Jabatan Penjara akan memperkasakan lagi program dan sistem kendaliannya sebagai usaha menangani isu kesesakan di dalam penjara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin minta Ketua Polis Negara timbang cadangan adakan semula sidang media berkala
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani diminta untuk mempertimbangkan cadangan mengadakan semula sidang media secara berkala kepada pihak media.