KUALA LUMPUR: Dua remaja Malaysia telah terpilih untuk mewakili negara ke sidang kemuncak Youth4Climate: Driving Action (Y4C), yang bakal berlangsung di Milan, Itali pada 28 hingga 30 Oktober ini.
Menurut satu kenyataan hari ini, Sidang Kemuncak Y4C anjuran Kerajaan Itali merupakan antara persiapan awal bagi Konferens Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2021 (COP 26) yang akan berlangsung di Glasgow, Scotland, pada November tahun ini.
Selepas selesai pemilihan oleh Kerajaan Itali di SIdang Kemuncak Y4C, Sahana Kaur, 17, dan Mogesh Sababathy, 23, turut bakal mewakili negara di COP 26.
“Sewaktu di bengkel pra-Youth 4 Climate, Sahana dan Mogesh, dengan kerjasama UNICEF Malaysia, telah menzahirkan harapan untuk mempromosi libat urus golongan belia dalam tindakan iklim, serta mengenengahkan peluang dalam platform tempatan dan global untuk belia Malaysia.
“Input serta maklum balas yang diperolehi, bertujuan untuk menubuhkan impak berkaitan iklim, berasaskan bukti, ke atas belia, bagi melibatkan golongan berkenaan diskusi berkaitan polisi iklim di Malaysia serta dunia,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kenyataan yang sama, Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas UNICEF ke Brunei, Dr Rashed Sarwar berkata, UNICEF Malaysia komited dalam melindungi hak kanak-kanak dalam perubahan iklim, serta memudahcara penglibatan dan advokasi belia.
Selain itu, beliau berkata, UNICEF Malaysia juga akan terus memberi sokongan kepada Sahana dan Mogesh, dalam membuat persiapan ke Y4C.
“UNICEF akan terus berganding bahu bersama golongan belia serta pemegang taruh dalam membawa ke hadapan hak-hak kanak-kanak, untuk masa depan yang selamat serta mampan.
“Sahana dan Mogesh merupakan generasi baharu yang mampu mengenal pasti krisis perubahan iklim sebagai krisis hak kanak-kanak.
"Ini kerana golongan ini merupakan golongan paling rentan, serta berisiko dalam menghadapi perubahan iklim.
“Mereka juga merupakan golongan yang terpaksa menanggung impak akibat perubahan iklim, walaupun merekalah yang paling kurang mengakibatkan perubahan iklim,” katanya lagi.
Sahana, anggota kepada Delegasi Belia Malaysia (MYD) dan YOUNGO, sangat berdedikasi untuk mempromosi keterangkuman dalam proses penghasilan polisi berkaitan perubahan iklim.
“Polisi berkaitan perubahan iklim serta alam sekitar, termasuk strategi berkaitan, tidak mempunyai libat urus yang berpatutan dari golongan kanak-kanak dan belia, walhal mereka berada di tengah-tengah ancaman iklim yang kritikal.
“Kita perlu memperkasakan golongan belia sebagai ejen perubahan dalam komuniti mereka, serta memastikan penglibatan mereka dalam tindakan serta maklumbalas terhadap perubahan iklim,” katanya lagi.
Sementara itu, Mogesh, pengasas bersama Project Ocean Hope, serta calon peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Putra Malaysia, menggesa pembuat dasar, pemimpin, serta pempengaruh untuk mengambil tindakan bagi meminimumkan perubahan iklim, serta adaptasi yang bersesuaian
“Pandemik COVID-19 mempunyai impak yang besar terhadap komuniti kita, malah ia lebih berisiko kepada golongan yang rentan di kalangan kita, termasuk kanak-kanak, individu kurang berkeupayaan, komuniti di pedalaman, serta populasi B40.
“Jika kita tidak bertindak sekarang, perubahan iklim bakal menghasilkan lebih banyak malapetaka, dan impak yang terjadi adalah lebih mendalam,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Sep 24 2021
Sahana Kaur, 17, dan Mogesh Sababathy, 23, turut bakal mewakili negara di COP 26, yang berlangsung di Scotland pada November ini
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Sahana, Mogesh wakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Y4C di Milan
Sahana Kaur dan Mogesh Sababathy juga bakal mewakili negara di COP 26 yang berlangsung di Scotland pada November ini.
Dua belia negara bakal sertai Sidang Kemuncak Belia COP26
Sahana Kaur dan Mogesh Sababathy, pencinta alam sekitar dari Malaysia akan menghadiri persidangan Youth4Climate: Driving Ambition di Itali.