GEORGE TOWN: Penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang telah menjejaskan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Kedah.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, sebahagian pengguna akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air bermula hari ini sehingga Rabu.
Mengulas lanjut, katanya LRA Sungai Dua tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat 1,000 juta liter air sehari (JLH).
“Buat masa kini, LRA Sungai Dua tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat 1,000 JLH untuk dibekalkan ke kawasan Seberang Perai dan juga kawasan sekitar Pulau Pinang.
“Buat masa kini tahap pengeluaran LRA Sungai Dua terhad kepada 600-650 JLH sehingga keadaan air mentah di muka sauk Lahar Tiang mencapai simpanan 100 peratus iaitu berdasarkan pemulihan paras air di Sungai Muda,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, sebagai tindakan kecemasan, PBAPP telah menyalurkan air dari Empangan Mengkuang ke LRA Sungai Dua.
“Walaubagaimanapun, jumlah air yang disalurkan dari Empangan Mengkuang masih tidak mencukupi untuk menampung penurunan mendadak paras air Sungai Muda," katanya.
Terdahulu, PBAPP memaklumkan Paras Sungai Muda yang direkodkan di muka sauk PBAPP di Lahar Tiang Seberang Perai pada jam 5 pagi tadi turun mendadak di bawah satu meter.
Sementara itu, Bernama melaporkan, kira-kira 252,000 akaun pengguna di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan penurunan mendadak paras sungai yang berpunca daripada kerosakan pintu barrage Sungai Muda.
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan bekalan air di tiga daerah itu bermula pada pukul 7.25 pagi tadi.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa kejadian luar jangka itu mengakibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani/Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech terpaksa dihenti tugas buat sementara waktu sehingga paras sungai kembali stabil.
"Situasi ini menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan anggaran 252,000 dan antara kawasan yang terjejas adalah Sungai Petani, Bedong, Pantai Merdeka, Kulim, Lunas, Kuala Ketil dan beberapa kawasan utama yang lain," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu pihak SADA akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
Bilik gerakan telah diaktifkan serta-merta dan pengguna boleh menyalurkan aduan atau pertanyaan menerusi talian ibu pejabat SADA 04-7408976; Wilayah Kedah Tengah (04-4216798); Wilayah Selatan (04-4846770) dan Pusat Informasi SADA (SIC) di talian 1300-88-0017.
"SADA akan sentiasa bergerak seiring untuk melakukan pemantauan rapi ke atas paras Sungai Muda bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebagai badan yang berfungsi dan bertanggungjawab dalam mengawal selia dan membekal sumber air mentah kepada SADA," menurut kenyataan itu.
Maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Facebook dan TikTok SADA dan di laman sesawang rasmi SADA iaitu www.sada.com.my.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 14 2023

LRA Sungai Dua tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat 1,000 juta liter air sehari (JLH) akibat penurunan paras secara mendadak. - Gambar/ PBAPP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.

PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.

Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP
Lebih 80 peratus pengguna telah pulih daripada gangguan bekalan air susulan insiden kekeruhan air mentah Sungai Muda, pagi tadi.

Beberapa kawasan P.Pinang alami gangguan bekalan air
Chow Kon Yeow berkata kadar kekeruhan yang tinggi itu disebabkan kejadian banjir di Baling, Kedah dan insiden seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.

Laporan akhir gangguan bekalan air Kedah, Pulau Pinang pertengahan Jun
Laporan akhir berhubung insiden gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Kedah dan Pulau Pinang akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini.

Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah
Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda.

Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi
Menurut Sanusi, tudingan terhadap kesalahan melibatkan pemantauan baraj berkenaan perlu dihalakan kepada kementerian yang terlibat.

Operasi pintu Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya
Operasi Ampang Jajar Sungai Muda di Pulau Pinang yang mengalami gangguan teknikal pada sistem automasi kawalan (SCADA) Sabtu lalu, pulih sepenuhnya, hari ini.

Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini
PBAPP sedang berusaha mengepam air mentah pada tahap maksimum daripada Sungai Muda.

Pulau Pinang perlu projek alternatif atasi masalah bekalan air Sungai Muda - Ketua Menteri
Pulau Pinang tidak boleh terlalu bergantung pada bekalan air mentah Sungai Muda untuk dirawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.