Sabah mendapat banyak manfaat pembangunan dan nikmat kemajuan hasil daripada kemerdekaan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Katanya sejak dulu hingga kini, kerajaan komited melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat, malah kestabilan serta kemakmuran dikecapi selama ini, bukannya janji kosong atau slogan semata-mata kerana fakta dan realitinya sudah ada di depan mata.
Beliau berkata ini dapat dibuktikan menerusi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah termasuk Pakej Tawau-Sandakan, yang sedang rancak dilaksanakan bagi mewujudkan sistem perhubungan jalan raya sistematik, efisien dan selesa untuk rakyat, sekali gus menjana pembangunan sosio-ekonomi lebih pantas.
"Begitu juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau yang telah siap dibina dan akan memulakan operasi pertengahan bulan ini, dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang cekap dan mudah untuk rakyat.
"Demikian juga dalam aspek lain seperti keselamatan, pendidikan, perumahan rakyat, pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar yang terus diberi perhatian oleh kerajaan Pusat dan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan 2016 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini malam tadi.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu, turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta menteri-menteri Kabinet negeri Sabah.
Musa berkata semua agenda pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan kerana adanya kesungguhan politik yang tinggi dalam memacu pembangunan dan keprihatinan pemimpin dalam memenuhi mandat rakyat, selain hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat.
"Apa paling penting ialah, adanya sokongan padu dan kesetiaan rakyat yang terus bersatu bersama-sama kerajaan yang menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri penuh yakin Sabah akan menikmati lebih banyak pembangunan untuk rakyat di semua peringkat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, serta dibantu timbalannya, Ahmad Zahid.
Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah juga optimis segala cabaran dilalui dan cubaan menggugat keselamatan serta kedaulatan Malaysia khususnya di Sabah, akan dapat diatasi menerusi kesatuan dan perpaduan mantap dalam setiap hati sanubari rakyat Malaysia dengan semangat sehati sejiwa.
"Oleh itu, mengambil semangat Bulan Kebangsaan ini, marilah kita mengukuhkan patriotisme, menzahirkan kesyukuran, mempamerkan kesetiaan, memantapkan solidariti dan mengukuhkan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Aug 07 2016
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah mendapat banyak manfaat pembangunan dan nikmat kemajuan hasil daripada kemerdekaan negara. - Gambar fail
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Allahyarham Tun Taib pemimpin berpengalaman, fokus majukan Sarawak - Musa Aman
Musa dan keluarga turut menzahirkan ucapan takziah kepada Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan keluarganya.
PRU15: Musa Aman hadir buang undi di Libaran
Tan Sri Musa Aman hadir membuang undi di Pusat Pengundian SMK Libaran pada jam 12.30 tengah hari.
PRU15: Musa Aman bertanding di Parlimen Libaran?
Ahli politik terkenal, Tan Sri Musa Aman dikhabarkan akan bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Jaga Sabah Musa," bekas Ketua Menteri terkenang nasihat Allahyarham Rahimah
Sabah kehilangan seorang wanita yang berbudi pekerti luar biasa dan telah mempelopori peranan wanita dalam perkhidmatan awam.
Jawatan Ketua Menteri: Musa Aman tarik balik rayuan cabar pelantikan Shafie
Tan Sri Musa Aman menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
Antara faktor kepada penurunan itu adalah kerana kegagalan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik, serta beberapa pendakwaan rasuah yang digugurkan.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.
Pemimpin Sabah ucap takziah pemergian ADUN Bugaya
Pemimpin Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah, yang meninggal dunia hari ini.
UMNO, BN tidak puas hati? Mana ada - Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti tersebut memberikan sokongan kepada pembahagian jawatan tersebut.