KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sentiasa terbuka untuk menjalin usaha sama dengan syarikat francais bagi meneroka peluang perniagaan di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata kerajaan Sabah mempunyai banyak syarikat berkaitan kerajaan yang boleh memainkan peranan dalam merealisasikan kerjasama tersebut yang sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negeri.
"Bagaimanapun, ia terpulang kepada entiti-entiti (syarikat francais) berkenaan dengan siapa mereka mahu bekerjasama kerana dalam bidang perniagaan ini mesti ada keselesaan dan percaya antara satu sama lain.
"Konsep itu kita wujudkan supaya apa juga yang akan dilaksanakan akan berpanjangan dan memberi manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran McDonald's Pandu Lalu Jalan Sulaman, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Phoong Jin Zhe, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Laurence Kimkuan.
Terdahulu, Hajiji menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara McDonald's Malaysia dan KKIP bagi pemerolehan 1.61 hektar tanah di kawasan milik KKIP untuk membina hab pembekalan makanan lengkap bagi syarikat tersebut di Malaysia Timur.
Ia melibatkan tiga rakan pembekal McDonald's Malaysia iaitu Bimbo QSR bagi bekalan roti bun, Tyson Foods bagi bekalan makanan seperti sayuran dan protein seperti nuget serta kepingan daging, manakala HAVI Logistics pula sebagai syarikat pengedar utama menyediakan kemudahan bagi penghantaran bekalan.
Hajiji menyambut baik rancangan McDonald's untuk mewujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di KKIP dan membuka lebih banyak restoran di Sabah kerana ia bukan sahaja dapat membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri berkata, kerajaan Sabah komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah bekalan air di negeri itu menerusi penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang kerana ia adalah isu penting yang perlu diselesaikan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyempurnakan perasmian Restoran McDonalds Pandu Lalu Jalan Sulaman, hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Kaji tambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah - Hajiji
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Dr Kathryn Anne Rivai perkasa pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah
Berhijrah lebih empat dekad lalu, Kathryn memberi banyak impak ke atas landskap pendidikan di Sabah menerusi kemahiran dan kepimpinannya.
Belia Sabah digesa manfaat peluang pelancongan luar bandar - Joniston
Kira-kira 400 peluang pekerjaan sepenuh masa dan sambilan ditawarkan susulan wujud lebih 80 perniagaan berkaitan pelancongan di Klulu.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.