KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China dijangka akan meningkat ke tahap taufan malam ini.
Fenomena itu dijangka akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan dan turut memberi kesan kepada Sarawak, Sabah dan Labuan.
Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 18 Oktober 2022.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengingatkan orang ramai untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Okt 2022.
"Semoga Allah lindungi kita daripada bencana buruk. Hati-hati," katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.
Astro Awani
Mon Oct 17 2022

Tuan Ibrahim berkata keadaan itu akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan, dan mengingatkan orang ramai untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sabah, Sarawak, Labuan dijangka kena tempias taufan akibat Ribut Tropika Kuat Nesat malam ini
Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China dijangka akan meningkat ke tahap taufan malam ini.