KUALA LUMPUR:Status Sabah, selaku negeri yang mencatat kes positif COVID-19 tertinggi, perlu diberi keutamaan menerima bekalan vaksin COVID-19 kelak.
Perkara itu dicadangkan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
"Memandangkan Sabah merupakan pusat bagi gelombang ketiga pandemik COVID-19, saya ingin mencadangkan agar rakyat di Sabah diberikan keutamaan untuk menerima vaksin yang dijangka tersedia pada tahun depan," katanya.
Setakat 9 November, Chan berkata Sabah mencatatkan kes positif melebihi 20,000, iaitu tertinggi di Malaysia dan menyatakan peruntukan mendesak bagi menangani krisis kesihatan yang berlaku di negeri itu harus diberikan keutamaan yang sewajarnya.
Malah, beliau berkata secara hakikatnya, Sabah telah lama menghadapi masalah sistem kesihatan awam sebelum penularan wabak COVID-19.
Setakat ini, Chan berkata terdapat 24 hospital kerajaan dan 300 klinik kesihatan kerajaan di seluruh Sabah, namun masih tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan rakyat negeri itu.
Beliau mendakwa, nisbah rasmi doktor dengan penduduk di Sabah iaitu 1:856 (satu doktor untuk setiap 856 penduduk) berbanding dengan 1:454 pada peringkat nasional, menimbulkan cabaran kepada hospital dan barisan hadapan apabila kes baharu COVID-19 meningkat mendadak setiap hari.
Malah beliau berkata ramai anggota kesihatan dan petugas barisan hadapan di Sabah turut terjangkit dengan virus itu selain ada yang terpaksa bekerja lebih masa dan secara berterusan bagi menampung keperluan pekerja kesihatan, terutama hospital di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Setakat 9 November, Chan berkata, Sabah mencatatkan kes positif melebihi 20,000, iaitu tertinggi di Malaysia. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.