Kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menyokong penuh kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengenai larangan aktiviti pembakaran terbuka yang dikuatkuasakan serta merta di Sabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Seri Hashim Paijan berkata ia bagi mengurangkan impak jerebu yang sedang berlaku di Sabah.
"Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang larangan aktiviti pembakaran terbuka sehingga arahan baru dikeluarkan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam stesen pemantauan di Sabah iaitu di Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau, Sandakan dan Tawau pada jam 1 tengah hari, hari ini menunjukkan berada pada tahap sederhana dan tiada titik panas dilaporkan.
Hashim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara dan menyebabkan jerebu bertambah buruk.
Katanya, aktiviti fizikal di luar bangunan juga perlu dikurangkan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu, memakai penutup hidung dan mulut yang sesuai selain banyakkan minum air kosong serta dapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.
Beliau berkata orang ramai juga boleh membuat laporan mengenai sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada JAS di talian 1-800-88-2727 atau 03-88891972.
Jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga dinasihatkan untuk menutup semua sekolah apabila bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat.
"JAS sentiasa memantau keadaan terkini dan sekiranya terdapat peningkatan bacaan IPU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan impak kesan jerebu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
![Sabah kuatkuasakan serta-merta larangan pembakaran secara terbuka Sabah kuatkuasakan serta-merta larangan pembakaran secara terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566640846_HutanTerbakar.jpg)
Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang larangan aktiviti pembakaran terbuka sehingga arahan baru dikeluarkan. - Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Petani, penternak dan nelayan di Sarawak dibenar jual hasil seperti biasa Petani, penternak dan nelayan di Sarawak dibenar jual hasil seperti biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585215345_ikanbanyakGEORGE.jpg)
Petani, penternak dan nelayan di Sarawak dibenar jual hasil seperti biasa
Kerajaan negeri Sarawak putuskan sektor agrikultur dibenarkan untuk menjual hasil mereka di tempat yang dipersertujui oleh Majlis Kerajaan Tempatan dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 petang.