KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus komited untuk meningkatkan Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) di bawah inisiatif Heart of Borneo (HoB), meliputi 30 peratus keluasan negeri menjelang tahun 2025.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata ketika ini 26 peratus daripada keluasan tanah di Sabah atau 1.9 juta hektar telah diwartakan sebagai TPA di bawah inisiatof HoB.
Berucap dalam persidangan maya pertama "HoB Initiative - Moving Forward in the New Norm" di sini hari ini beliau berkata Sabah telah mencapai kemajuan ketara dalam pemuliharaan hutan sejak pelaksnaan inisiatif HoB 14 tahun lepas.
Katanya sasaran peluasan kawasan TPA itu adalah selaras dengan rancangan pembangunan lima tahun Sabah, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 yang turut merangkumi inisiatif HoB dalam aspek berkaitan Green Infrastructure and Sustainability Networks.
"Menerusi usaha bersepadu kami, Sabah telah mengekalkan 50 peratus kawasan tanahnya di bawah liputan hutan, dan kita turut meningkatkan liputan hutan kepada 65 peratus dengan 52 peratus daripadanya diwartakan sebagai Hutan Simpan, Kawasan Taman dan Pemuliharaan Hidupan Liar. Projek HoB juga telah memulihkan 2,000 hektar hutan simpan," katanya.
Hajiji berkata Sabah akan melaksanakan Pengurusan Landskap Bersepadu Landskap Heart of Borneo di bawah Program Kesan-kesan Penggunaan Tanah dan Pemulihan yang dibiayai oleh Global Environment Facility, Sistem Makanan, Guna Tanah dan Pemulihan, yakni sebuah projek yang memfokuskan kepada pengurusan pembangunan alam sekitar dan tanah.
"Projek enam tahun itu melibatkan kawasan seluas 1.6 juta hektar dalam landskap HoB, dan menelan belanja USD7.3 juta (RM30.3 juta) yang dibiayai oleh Global Environment Facility, di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Sabah juga akan terlibat dalam satu lagi program yang dibiayai UNDP, yakni projek BIOFIN, mengenai Pembiayaan Pemuliharaan di negeri ini," jelasnya.
Beliau berkata Jabatan Perhutanan Sabah telah menubuhkan pasukan taktikal elit bernama PROTECT, skuad anti pemburuan haram khas untuk membantu logistik penguatkuasaan, dan pasukan itu bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia melalui Operasi Khazanah, untuk menangani isu-isu yang berkaitan pencerobohan hutan.
"Bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan, kami telah membawa penglibatan komuniti tempatan untuk berkhidmat sebagai Renjer Hutan Kehormat, dan hari ini kami mempunyai 112 Renjer berkenaan dengan 700 daripadanya terdiri daripada penduduk kampung," katanya sambil menambah bahawa Sabah telah menjadi tuan rumah 42 ekspedisi saintifik dalam sempadan HoB termasuk 1,800 pelajar tempatan dari 34 sekolah yang terlibat dalam program kesedaran HoB.
Sementara itu Hajiji berkata persidangan tahun ini akan membantu kerajaan mengumpul sumber bagi merangka Pelan Tindakan Strategik (SPA) ketiga bagi inisiatif itu, dan SPA yang pertama kali disediakan pada 2013 itu akan siap menjelang 2022.
Katanya beliau turut gembira melihat usaha berterusan dalam aspek penyelidikan oleh saintis dan penulis di HoB yang telah menghasilkan beberapa penerbitan seperti yang dibuktikan dengan penerbitan dua buku baharu oleh Markus Gubilil bertajuk "A Checklist of Trees of Sabah - new edition" dan "Panduan Bergambar Likofit dan Paku Pakis di Sabah."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
![Sabah kekal komited wujudkan 30 peratus kawasan TPA menjelang 2025 - Hajiji Sabah kekal komited wujudkan 30 peratus kawasan TPA menjelang 2025 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629370183_TBHAJIJI.jpg)
Hajiji berkata, sasaran peluasan kawasan TPA itu adalah selaras dengan rancangan pembangunan lima tahun Sabah, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025. - Bernama
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.
![MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739865235_TBMTDCUMSjpg.jpg)
MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
![Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739196996_TBbanjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734905152_TBBanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
![Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah meningkat petang ini Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah meningkat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738757807_AnggotaAngkatanPer.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun manakala di Sabah meningkat, setakat 4 petang ini.