Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal senada dalam perjuangan untuk mendapatkan semula hak dan kuasanya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Perkara itu dinyatakan oleh kedua-dua pemimpin dalam sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini, hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah beberapa anggota Kabinet negeri Sabah dan Sarawak termasuk Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, Tan Sri Dr James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
"Kepentingan kita (Sabah dan Sarawak) adalah sama apabila kita menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan sudah tentu senada mahu supaya hak dan kuasa kita dikembalikan," kata Mohd Shafie.
Beliau berkata sudah tiba masanya kedua-dua negeri bersepakat untuk membolehkan suara dan aspirasi rakyat kedua-dua negeri didengari dan menurutnya apa yang cuba diperjuangkan adalah untuk kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak dan negara keseluruhan.
"Saya rasakan sudah sampai masanya untuk (kerajaan pusat) menyedari bahawa adanya tuntutan dari Sabah dan Sarawak, tidak bermakna kita tidak sayangkan Malaysia, kita sayangkan Malaysia tetapi harus juga disedari bahawa setiap yang sudah dipersetujui harus ditunaikan," tegas beliau.
Menurut Mohd Shafie, kerajaan pusat juga perlu menyedari bahawa perubahan perlu dibuat terhadap tuntutan royalti minyak dengan mempertimbangkan tuntutan 20 peratus yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak.
"Kita bukan meminta 100 peratus, kita hanya minta 20 peratus kerana harus diingatkan bahawa 50 peratus keluaran minyak di negara ini adalah dari Sabah," katanya.
Berhubung pertemuan hari ini, Abang Johari berkata ia bagi mengukuhkan kerjasama antara Sabah dan Sarawak dalam pelbagai bidang memandangkan kedua-dua negeri mempunyai banyak persamaan.
Beliau berkata Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Sabah dalam projek automobil yang sedang dalam perancangan kerajaan negeri Sabah di Taman Industri Kota Kinabalu (KKIP).
Mohd Shafie pula berkata Sabah boleh belajar daripada Sarawak yang memiliki pengalaman yang lebih luas dalam sektor perindustrian, di samping Sabah boleh membeli tenaga elektrik daripada Sarawak yang memiliki bekalan tenaga elektrik berlebihan dan harganya yang lebih murah.
Dalam sektor pelancongan, beliau berkata Sabah boleh membantu membawa pelancong asing, khususnya dari China untuk melawat Sarawak memandang ramai pelancong dari negara itu mengunjungi Sabah.
Semua cadangan kerjasama itu akan dibincang secara terperinci, menurut kedua-dua pemimpin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
![Sabah dan Sarawak senada mahu hak dalam MA63 dikembalikan Sabah dan Sarawak senada mahu hak dalam MA63 dikembalikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539270097_ShafieApdal.jpg)
Abang Johari (kiri) dan Mohd Shafie pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya di DUN Sarawak di Petra Jaya hari ini. - Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulan - Abang Johari Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720276246_AbangJohari.jpg)
Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulan - Abang Johari
Ia solusi terbaik bagi menangani masalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat di Sarawak.
![Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara - Tengku Zafrul Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara - Tengku Zafrul
Beliau berkata cadangan itu merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri Sarawak.
![Isu agregator gas Sarawak: Petronas, Petros perlu muktamad rundingan dalam tempoh tiga bulan Isu agregator gas Sarawak: Petronas, Petros perlu muktamad rundingan dalam tempoh tiga bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722156224_AbangJohariTunOpe.jpg)
Isu agregator gas Sarawak: Petronas, Petros perlu muktamad rundingan dalam tempoh tiga bulan
Perbincangan antara Petros dan Petronas mengenai kawal selia minyak dan gas di Sarawak perlu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan.
![Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721985382_UKAS.jpg)
Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau
Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel menyatakan komitmen negara itu untuk memperluaskan kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam industri teknologi tinggi dan tenaga hijau di Sarawak.
![Kerajaan Sarawak tumpu usaha tingkat penengah pendapatan isi rumah Kerajaan Sarawak tumpu usaha tingkat penengah pendapatan isi rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720276246_AbangJohari.jpg)
Kerajaan Sarawak tumpu usaha tingkat penengah pendapatan isi rumah
Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Sarawak dan LTAT tandatangan MoU beri manfaat enam sektor utama Sarawak dan LTAT tandatangan MoU beri manfaat enam sektor utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721384797_AbangJohariTunOpe.jpg)
Sarawak dan LTAT tandatangan MoU beri manfaat enam sektor utama
Abang Johari berkata Sarawak sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencapai matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
![Sarawak, LTAT tunggu kelulusan kawal selia, teruskan perjanjian jual beli ekuiti dalam Affin Bank Sarawak, LTAT tunggu kelulusan kawal selia, teruskan perjanjian jual beli ekuiti dalam Affin Bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720276246_AbangJohari.jpg)
Sarawak, LTAT tunggu kelulusan kawal selia, teruskan perjanjian jual beli ekuiti dalam Affin Bank
Affin Bank juga boleh memperluaskan kelayakan prinsip tadbir urus (ESG) serta meningkatkan inisiatif pembiayaan mampannya.
![Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721251255_MIDA.jpg)
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
![Dasar pendidikan Sarawak tidak bezakan kaum - Abang Johari Dasar pendidikan Sarawak tidak bezakan kaum - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720276246_AbangJohari.jpg)
Dasar pendidikan Sarawak tidak bezakan kaum - Abang Johari
Apa yang penting adalah menyediakan anak-anak Sarawak dengan pendidikan terbaik, tanpa mengambil kira sekolah Cina, awam atau antarabangsa.
![Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720560971_AbangJoPremierSa.jpg)
Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain
Rancangan Sarawak tambah baik kemudahan kesihatan turut mengurangkan beban penduduk di Sabah serta negara jiran untuk mendapatkan rawatan perubatan.