KUALA LUMPUR:Kerajaan Negeri Sabah akan membentangkan satu enakmen baharu berkaitan air sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah membabitkan isu berkenaan di negeri tersebut.
Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah itu bagi memastikan satu undang-undang khusus digubal untuk memastikan isu berkenaan dapat diatasi secara menyeluruh.
Katanya, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.
"Kita akan pinda satu enakmen khusus yang akan mengawal sebarang bentuk aktiviti di kawasan berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) atau sepanjang sungai di negeri ini.
"Ini kerana, aktiviti seperti menebang pokok, membuka kebun dan sebagainya antara punca berlaku pencemaran sungai sehingga menjejaskan operasi LRA.
"Enakmen ini akan dibentang dalam Kabinet Negeri (dalam sidang DUN akan datang) sebelum ia diwartakan," katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
Beliau diminta mengulas berhubung sebanyak 23 LRA di negeri itu berada dalam keadaan kritikal dan berdepan masalah untuk membekalkan air bersih.
Terdahulu beliau bersama Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Edward Lingkapo hadir melakukan tinjauan di LRA Tongod, Sandakan.
Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, Jabtan Air Sabah memohon tempoh dua bulan untuk melalukan kajian berhubung masalah berkenaan.
Menurutnya, kajian itu bagi mewujudkan pelan jangka panjang dan hala tuju air Sabah yang lebih baik.
"Ia akan dibentangkan selepas semua kajian berkenaan isu air siap sepenuhnya.
"Namun, bagi penyelesaian jangka masa pendek, pihaknya akan menggunakan tiga kaedah termasuk membina tangki air dan membina kolam takungan air sebagai alternatif menyediakan air bersih kepada rakyat.
"Bagi penyelesaian jangka masa panjang, Sabah perlu mengubah keseluruhan struktur dan sistem pempaipan yang sudah lama selain membina empangan baharu di Penampang yang mampu bertahan sehingga 90 tahun akan datang," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Sun Jan 24 2021

Bung Moktar hadir melakukan tinjauan di LRA Tongod, Sandakan, Sabah yang terjejas susulan berlaku pencemaran air pada Ahad. - Gambar Umno Sabah

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Seseorang yang menyelamatkan negaranya tidak melanggar undang-undang - Trump
Trump menerima kritikan selepas menggunakan petikan yang diubah suai dan dikaitkan dengan maharaja Perancis yang menobatkan dirinya sendiri, Napoleon.

Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang
Singapura sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.

Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya
Ibu kepada murid yang cedera didakwa akibat dipukul guru pada 10 Dis lepas mahu anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024
NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.

Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.

KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.

Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.