SERDANG: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan untuk mendapatkan persetujuan sebelum dibentangkan di Parlimen, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata mesyuarat Jemaah Menteri itu adalah peluang bagi para menteri bertukar pandangan dan memberi hujah masing-masing dan beliau juga berpeluang memberikan penjelasan.
Beliau berkata ia merupakan langkah pertama untuk meyakinkan anggota Jemaah Menteri dan mendapatkan sokongan mereka bagi membolehkan beliau membawa RUU tersebut dibentangkan di Parlimen.
"Sekiranya RUU itu diluluskan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang dapat meluluskan ia sebagai undang-undang yang melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005," katanya.
Khairy berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Generational Endgame Advocacy Roadshow (Gegar) Wanita di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Khairy berkata cadangan pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG) dalam RUU itu adalah untuk melindungi generasi muda Malaysia daripada terjebak dengan tabiat merokok dan menjadi mangsa ketagihan produk merokok apabila mereka dewasa, serta mengurangkan peratus perokok di Malaysia iaitu kurang daripada lima peratus menjelang 2040.
"Ini sekali gus dapat mengurangkan kadar kematian pramatang, penyakit kronik dan kos rawatan yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat komplikasi merokok dalam kalangan masyarakat," katanya dengan menambah prevalens merokok di Malaysia masih tinggi iaitu 40.5 peratus dalam kalangan lelaki manakala 20 peratus wanita.
Khairy berkata sekarang merupakan masa terbaik untuk meluluskan RUU itu kerana 97 peratus belia menyokong GEG serta tidak melihat merokok satu gaya hidup yang diaspirasikan.
"Ini masa yang sesuai untuk menutup sepenuhnya pintu merokok kepada anak muda Malaysia," katanya.
Khairy berkata usaha meluluskan RUU itu bukan mudah kerana sesetengah pihak berpandangan akta berkenaan akan menjejaskan punca pendapatan negara dan industri pelancongan.
Katanya kesan kepada negara jika tabiat rokok tidak dikawal adalah kerajaan perlu menanggung beban kos rawatan sebanyak RM8 bilion untuk merawat masalah kesihatan seperti jantung, paru-paru dan komplikasi lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Ia merupakan langkah pertama untuk mendapatkan sokongan anggota Jemaah Menteri seterusnya membolehkan RUU itu dibentang di Parlimen.
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Khairy harap Sabah sokong akta larangan merokok terhadap generasi muda
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam sidang Parlimen akan datang.
Khairy ulangi gesaan agar RUU larangan merokok diluluskan
Undang-undang baharu itu akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia.