KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap kerajaan Sabah turut menyokong akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vap) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2007.
Menurut Khairy, beliau akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam sidang Parlimen akan datang sebagai usaha memastikan generasi muda tidak terjebak dengan tabiat merokok.
"Semasa pembentangan pindaan RUU berkenaan, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada Sabah menyokong kerana ini untuk kebaikan masa depan negara kita.
"Penyebab utama kematian di negara kita adalah penyakit jantung dan kanser paru-paru... saya ada bertanya kepada pakar apa penyebab penyakit itu dan jawapannya adalah rokok. Oleh itu, kita kena menyelasaikan masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada majlis Agenda Nasional Malaysia Sihat-Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) peringkat Sabah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.
Sementara itu, Khairy berkata kes bunuh diri di Malaysia semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan kaedah yang betul.
"Di Malaysia, sumber daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2021 iaitu sebanyak 1,142 kes berbanding 631 kes pada 2020 dengan peningkatan sebanyak 81 peratus.
"Bagi 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM hingga Jun. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah pelbagai dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan (kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan), penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans.
"Bunuh diri atau cubaan bunuh diri adalah kesalahan dan boleh ditangkap tetapi saya cadangkan sekiranya ada cubaan bunuh diri, biar ia diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana mereka lebih tahu menyelasaikan masalah tersebut dengan pelbagai kaedah termasuk memberi kaunseling. Sekiranya mangsa cuba bunuh diri itu ditangkap, mereka akan lebih tertekan," katanya.
Beliau berkata KKM akan terus berusaha untuk mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri serta menghapuskan stigma terhadap tingkah laku tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berucap pada majlis pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. - BERNAMA
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.