Rang Undang-undang (RUU) Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 digubal dengan mengambil kira semua kerangka undang-undang negara, selain merujuk undang-undang negara lain, persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata langkah itu dilaksanakan bagi memastikan undang-undang yang diperkenalkan kelak adalah selaras dengan amalan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata dalam menggubal RUU itu kerajaan memastikan program dan projek yang dikenal pasti dalam pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi yang diumumkan sebelum ini memberi impak langsung kepada rakyat serta ekonomi dalam jangka segera dan sederhana.
"Kerajaan (juga meneliti) keupayaan untuk menguruskan komitmen kewangan tambahan bagi melaksanakan pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi melalui pengenalan rang undang-undang ini.
"Kemampuan juga diukur sejauh mana kerajaan berupaya untuk kembali mematuhi disiplin fiskal sedia ada setelah tamat tempoh kuat kuasa akta ini," katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua.
RUU itu bertujuan mewujudkan peruntukan bagi langkah-langkah sementara berkaitan pembiayaan kerajaan untuk mengurangkan kesan COVID-19.
Ia termasuk menaikkan had amaun untuk jumlah wang yang boleh diperoleh di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 bagi menubuhkan Kumpulan Wang COVID-19.
Selain itu, ia turut bertujuan membenarkan wang tersebut digunakan untuk program di bawah pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi yang menyaksikan sejumlah RM45 bilion diperuntukkan, selain Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM11.2 bilion.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata penggubalan RUU itu juga bersandarkan ketelusan dengan semua item perbelanjaan berkaitan pakej rangsangan dan pelan pemulihan disenaraikan dengan jelas di dalam rang undang-undang.
RUU itu akan menitikberatkan soal tadbir urus yang baik dengan ia memerlukan kerajaan membentangkan laporan tahunan berkaitan semua perbelanjaan, katanya.
Beliau berkata pakej rangsangan ekonomi bukan sahaja dilaksanakan oleh Malaysia malah hampir kesemua negara yang terjejas bagi mengurangkan impak akibat penularan COVID-19 dengan nilai anggaran berjumlah US$11 trilion.
Sebagai contoh, negara serantau Indonesia telah mengumumkan pakej rangsangan bernilai US$40.3 bilion atau 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); Thailand (US$61.2 bilion atau 11.8 peratus daripada KDNK); manakala Singapura (hampir US$65.8 bilion atau 19.6 peratus daripada KDNK), katanya.
"Secara relatifnya, berdasarkan nisbah kepada KDNK, saiz pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi oleh Malaysia adalah setara dengan kebanyakan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
![RUU langkah sementara pembiayaan COVID-19 ambil kira undang-undang dalam, luar negara RUU langkah sementara pembiayaan COVID-19 ambil kira undang-undang dalam, luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597749558_TengkuZafrul.jpg)
Tengku Zafrul berkata pakej rangsangan ekonomi bukan sahaja dilaksanakan oleh Malaysia malah hampir kesemua negara yang terjejas.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080159_ImranKhan.jpg)
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
![Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720707023_TBZahidHamidi.jpg)
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719815159_DrRolandVictorMD.jpg)
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
![Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719670940_TBUnggah.jpg)
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Dulu jurutera, sekarang usahawan cili Dulu jurutera, sekarang usahawan cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719073622_PetaniASrinath.jpg)
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
![Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718882192_SITINURHIDAYAHSHA.jpg)
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830160_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717763456_AlexanderNantaLing.jpg)
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.