Kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 susulan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan digantikan dengan RUU baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata RUU baharu itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu depan (26 Ogos) dan menurutnya sebelum ini RUU IPCMC 2019 dijadualkan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama.
"IPCMC ditarik balik dan akan digantikan dengan satu RUU baharu yang mempunyai maksud yang sama (berkaitan salah laku polis) tetapi diubah suai dan diberikan nama yang berbeza.
"Keputusan (tarik balik) dibuat oleh kerajaan semasa. Sesetengah isi kandungan dalam RUU itu (IPCMC) tidak dipersetujui oleh anggota polis, jadi kerajaan, KDN (Kementerian Dalam Negeri), memutuskan untuk perkenalkan yang (RUU) baharu," katanya kepada media selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di sini, hari ini.
Takiyuddin berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan RUU baharu itu pada Rabu bagi bacaan pertama dan bacaan kedua pula pada keesokan harinya (27 Ogos).
Menurutnya, mesyuarat Kabinet sudah bersetuju dengan pembentangan RUU yang baharu itu serta menegaskan EAIC akan terus dikekalkan.
RUU IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai tahun lepas bertujuan menggantikan EAIC bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia dan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.
Takiyuddin dalam ucapannya sebelum itu berkata fungsi EAIC bukan hanya tertumpu pada menjalankan siasatan aduan salah laku sahaja, sebaliknya juga berperanan membuat pemantauan terhadap prosedur operasi standard (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan, termasuklah lawatan ke premis seperti depot tahanan dan lokap polis.
"Hasil daripada perjalanan fungsi ini, EAIC akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah dan usaha penambahbaikan yang perlu diambil bagi memantapkan mutu perkhidmatan agensi-agensi penguatkuasaan tersebut.
"Usaha penubuhan EAIC oleh kerajaan sejak dari 2011 bukanlah untuk mencari kesalahan dan keaiban seseorang pegawai atau sesuatu agensi penguatkuasaan semata-mata.
"Suruhanjaya ini juga sebenarnya adalah perisai kepada agensi penguatkuasaan dan medium atau platform untuk membantu agensi penguatkuasaan persekutuan memantapkan lagi kualiti integriti tenaga kerja mereka, justeru membantu kerajaan dalam memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menyarankan agar orang awam lebih bijak memilih saluran aduan bagi mengelakkan risiko ancaman keselamatan dan perlindungan kepada mereka selaku pemberi maklumat.
"Saya lihat seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, ramai kini yang cenderung untuk menularkan kes-kes salah laku atau ketirisan disiplin melalui pelbagai aplikasi di media baharu seperti WhatsApp, Telegram, media sosial dan juga blog.
"Meskipun medium 'penyampaian berita' ini begitu pantas dan hanya terletak di hujung jari, kita perlu juga tahu terdapat kejadian-kejadian yang ditularkan turut mengundang pelbagai implikasi lain kepada pelbagai pihak termasuk kepada pengadu itu sendiri," katanya.
Pada majlis itu, Takiyuddin menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi dan pesuruhjaya EAIC yang dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai pengerusi EAIC manakala bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi.
Suruhanjaya itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'hara dan Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020
![RUU IPCMC ditarik balik, diganti dengan RUU baharu - Takiyuddin RUU IPCMC ditarik balik, diganti dengan RUU baharu - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597840699_watikah.jpg)
Datuk Takiyuddin Hassan (tengah) beramah mesra bersama Pengerusi EAIC Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pesuruhjaya EAIC di Menara Usahawan hari ini. - BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731164000_FadillahYusof.jpg)
PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
![3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara 3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733924613_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.
![KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732030175_TBRUBIAHWANG.jpg)
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.
![Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739932591_TBParlimen.jpg)
Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.
![Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.
![KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739876260_perintahkhidmatmas.jpg)
KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.
![Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697541175_SyedSaddiq.jpg)
Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.