PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan dimuktamad dan dibentang pada sesi Parlimen yang bermula 28 Feb ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam.
"Ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk menyegerakan RUU ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Wan Junaidi memaklumkan RUU Antilompat Parti akan dibawa pada sesi Parlimen bulan Julai 2022 kerana penggubalan peruntukan itu memerlukan kajian terperinci dan sesi libat urus yang holistik.
Beliau berkata persetujuan yang dicapai merupakan komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan pelbagai perkara yang dipersetujui dalam memorandum persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 Sept 2021 dapat dilaksana.
Wan Junaidi juga berkata Jawatankuasa Teknikal berunsur bipartisan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik yang dianggotai masing-masing empat wakil daripada kerajaan serta PH ditubuhkan bagi mendapat pandangan semua pihak.
"Jawatankuasa teknikal ini akan bertemu pada minggu hadapan untuk memperinci perkara dasar serta kerangka perundangan yang dicadangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
![RUU Antilompat Parti dibentang pada sesi Parlimen bermula 28 Feb RUU Antilompat Parti dibentang pada sesi Parlimen bermula 28 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639467566_TBjunaidijpg.jpg)
Wan Junaidi berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam. - Gambar fail/JAPEN
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Julai 2024.
Tumpuan Khamis – 18 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024 Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721232628_TBAIRASIA.jpg)
Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024
Pengoperasian semula syarikat penerbangan itu ke Lapangan Terbang Don Mueang disifatkan sebagai 'homecoming' (sirih pulang ke gagang).
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
10 Berita Pilihan - (17 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![RUU Antilompat Parti dicadang dibahas di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini RUU Antilompat Parti dicadang dibahas di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650467830_MenteridiJabatanP.jpg)
RUU Antilompat Parti dicadang dibahas di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini
Begitupun, keputusan sama ada RUU tersebut dibenarkan untuk dibahas atau tidak adalah tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.
![RUU Lompat Parti: Kerajaan, Pembangkang setuju sokongan dua pertiga terhadap pindaan Perlembagaan RUU Lompat Parti: Kerajaan, Pembangkang setuju sokongan dua pertiga terhadap pindaan Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648125467_UndangUndangPerlem.jpg)
RUU Lompat Parti: Kerajaan, Pembangkang setuju sokongan dua pertiga terhadap pindaan Perlembagaan
Pindaan berkenaan adalah bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
![PRN Johor: Akta antilompat parti, elaun sama rata antara ikhtiar BN Johor - Hasni PRN Johor: Akta antilompat parti, elaun sama rata antara ikhtiar BN Johor - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646128619_TBIKHTIARBN.jpg)
PRN Johor: Akta antilompat parti, elaun sama rata antara ikhtiar BN Johor - Hasni
Ia merupakan inisiatif BN untuk memastikan sistem demokrasi tidak lagi tercemar dengan budaya seperti itu, seperti mana yang tergaris di bawah Ikhtiar 6: Reformasi Politik.
![MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631503666_TBBUKAPARLIMEN.jpg)
MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui
Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022)