PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibentangkan secara tergesa-gesa di Parlimen selagi tidak melalui proses rundingan dan libat urus yang efektif, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Reezal Merican dalam hantaran di laman sosial miliknya hari ini berkata beliau dalam proses meneliti pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) terhadap RUU berkenaan yang sedang di peringkat mendapatkan pandangan umum.
Menurutnya, beliau menyedari terdapat beberapa komponen dalam cadangan RUU itu yang menjadi perhatian umum.
"Saya menyedari perkara itu. Malah, saya juga berasa tidak senang, malah tidak bersetuju dengan beberapa cadangan awal yang dikemukakan di dalam RUU ini," katanya.
Antara komponen yang dikatakan menjadi perhatian dalam RUU itu adalah penubuhan tribunal bagi menyelesaikan pertikaian antara tuan tanah dan penyewa memandangkan proses mitigasi di mahkamah mungkin melibatkan kos yang tinggi, isu menangani kadar harga sewa yang tidak munasabah dan isu diskriminasi antara penyewa dan pemilik kediaman.
"Kepentingan dan keadilan semua pihak adalah kunci utama dalam penggubalan RUU ini. Teruskan memberi pandangan dan kita sama-sama mahu RUU ini memberi refleksi keadilan dan menjaga kepentingan semua pihak," katanya.
RUU tersebut antara lain bertujuan melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman. Menurut laporan media, RUU berkenaan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku ketiga tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
![RUU Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibawa dengan tergesa-gesa ke Parlimen RUU Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibawa dengan tergesa-gesa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643210752_TBREEZALMERICANjpg.jpg)
Reezal Merican berkata beliau dalam proses meneliti pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) terhadap RUU berkenaan yang sedang di peringkat mendapatkan pandangan umum. - Gambar fail/BERNAMA
![Tunku Azizah dahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang Tunku Azizah dahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722316877_TunkuAzizah.jpg)
Tunku Azizah dahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang
Tunku Azizah dikurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS).
![Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722314618_TBTokMat.jpg)
Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari
Malaysia berharap China menimbal balik kemudahan pengecualian visa buat rakyat negara ini selama 30 hari seperti yang diberikan Malaysia.
Kerajaan giat pantau harga barangan, kawal inflasi melalui OpsKesan 2.0
Kerajaan melaksanakan pemantauan harga dan penguatkuasaan subsidi bagi mengawal inflasi. Dua kumpulan utama memainkan peranan dalam usaha ini, dengan pemantau harga dan pasukan penguatkuasa memantau lebih 21,000 premis sejak OpsKesan 2.0 bermula.
Dengan usaha pemantauan yang rapi dan kerjasama dari semua pihak, kerajaan berharap dapat mengawal inflasi dan memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan yang memerlukan.
Dengan usaha pemantauan yang rapi dan kerjasama dari semua pihak, kerajaan berharap dapat mengawal inflasi dan memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan yang memerlukan.
![Paris 2024: Pasangan renang Brazil cetus kontroversi, dibuang daripada senarai bertanding Paris 2024: Pasangan renang Brazil cetus kontroversi, dibuang daripada senarai bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722316589_PasanganrenangBraz.jpg)
Paris 2024: Pasangan renang Brazil cetus kontroversi, dibuang daripada senarai bertanding
Keputusan IOC muktamad susulan daripada perbuatan dua atlet itu yang 'mencuri-curi keluar' ke bandar Paris ketika waktu malam.
![Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715656576_MKumarjpg.jpg)
Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis
Motif kes culik Albertine Leo akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi.
![Penyanyi legenda Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun Penyanyi legenda Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722315445_TBNonaAsiah.jpg)
Penyanyi legenda Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun
Penyanyi lagu Jikalau Abang Merindu dan Manusia Miskin Kaya meninggal dunia pada jam 4.25 pagi Selasa di Hospital Besar Changi, Singapura.
![Meta AI Studio dilancarkan untuk anda cipta watak AI sebagai wakil Meta AI Studio dilancarkan untuk anda cipta watak AI sebagai wakil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722314538_MetaAIStudio.jpg)
Meta AI Studio dilancarkan untuk anda cipta watak AI sebagai wakil
Meta AI Studio Dilancarkan Untuk Anda Cipta Watak AI Sebagai Wakil
![41 terbunuh, ratusan terperangkap tanah runtuh di selatan India 41 terbunuh, ratusan terperangkap tanah runtuh di selatan India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722314648_TanahruntuhKerala.jpg)
41 terbunuh, ratusan terperangkap tanah runtuh di selatan India
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terjejas selepas jambatan utama di kawasan tersebut runtuh.
Menteri Luar Israel gesa Nato singkirkan Turki
Menteri Luar Israel, Israel Katz, menyifatkan kenyataan Erdogan sebagai ancaman untuk mencerobohi atau menyerang Israel serta berbaur retorik yang berbahaya.
Rakyat Venezuela di Madrid bantah keputusan pilihan raya
Rakyat Venezuela di Madrid berhimpun memprotes selepas pihak berkuasa pilihan raya Venezuela mengumumkan kemenangan penggal ketiga Presiden Nicolas Maduro dengan undian 51 peratus, tengah malam tadi, sekali gus mengetepikan laporan awal kemenangan pembangkang.
![Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719840695_NgaKorMing.jpg)
Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan
Sesi libat urus bagi memuktamadkan draf penggubalan RUU Akta Sewaan Kediaman khususnya dalam aspek pelaksanaan dan pentadbiran akta akan diteruskan bersama kerajaan negeri.
![RUU Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibawa dengan tergesa-gesa ke Parlimen RUU Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibawa dengan tergesa-gesa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643210752_TBREEZALMERICANjpg.jpg)
RUU Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibawa dengan tergesa-gesa ke Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibentangkan secara tergesa-gesa di Parlimen selagi tidak melalui proses rundingan dan libat urus yang efektif.